Sabtu, 23 Mac 2019
 
  • Kemaskini Terakhir: 22 Mac 2019
 
lain
  
4696228
 Hits Pengunjung

SKOP PENSIJILAN

“Pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) bagi pengurusan Persidangan Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan”

OBJEKTIF PENSIJILAN

1) Menguruskan persidangan Dewan Negeri dalam tempoh enam bulan selepas persidangan yang terakhir.

2) Menyediakan penyata rasmi bagi setiap hari persidangan dan dimasukkan ke dalam Sistem e-Dewan setiap hari.

3) Penyediaan jawapan kepada soalan lisan dan bertulis bagi perkara berikut :

  • 3.1) Jawapan kepada soalan lisan disediakan sebelum dibentangkan dalam persidangan Dewan Negeri
  • 3.2) Jawapan kepada soalan lisan yang tidak sempat dibentangkan di dalam persidangan dewan negeri akan diedarkan secara bertulis kepada ADUN yang berkenaan pada hari persidangan berikutnya
  • 3.3) Jawapan kepada soalan bertulis perlu disediakan sebelum persidangan dan diedarkan kepada ADUN yang berkenaan seminggu selepas tamat persidangan

4) Jawapan bagi isu-isu berbangkit disepanjang sesi persidangan dewan negeri dijawab sebelum sesi penggulungan bermula.

5) Pengujian dan semakan persediaan persidangan Dewan Negeri sebelum Dewan Negeri bersidang.

  • 5.1) BKP (bermula 5 hari bekerja sebelum tarikh persidangan Dewan diisytiharkan) - Elektrik, penghawa dingin, audio sistem
  • 5.2) BKP (Tempoh pengambilan pas dewan dibuka dalam tempoh 5 hari bekerja sebelum tarikh permulaan bersidang dan terdapat jabatan yang hadir mengambil pas dewan pada hari persidangan berlangsung) - Kawalan keluar masuk
  • 5.3) DN & MMK (bermula 1 hari bekerja sebelum tarikh persidangan dewan bermula sehingga persidangan dewan tamat) - Peralatan untuk rakaman dan penyediaan Penyata Rasmi (Hansard)

6) Menguji dan memastikan uptime bagi infrastruktur ICT dan aplikasi sistem mencapai :

  • 6.1) Rangkaian Internet 95% (sepanjang dewan bersidang)
  • 6.2) Emel Rasmi Perak 95% (sepanjang dewan bersidang)
  • 6.3) Sistem e-Dewan 95% (bermula dari tempoh penghantaran soalan oleh ADUN sehingga tamat sesi persidangan)
  • 6.4) Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak 95% (sepanjang dewan bersidang)

Bahagian yang terlibat :

  1. Bahagian DN & MMK
  2. Bahagian UPEN
  3. Bahagian Pengurusan Maklumat
  4. Bahagian Khidmat Pengurusan
  5. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
  6. Bahagian Kerajaan Tempatan
  7. Bahagian Korporat
  8. Lembaga Muzium Negeri Perak
  9. Majlis Sukan Negeri Perak

Pautan pamplet : Hebahan ISMS

Dasar berkaitan : DKICT Pejabat SUK Perak

Sebarang Pertanyaan boleh hubungi urusetia ISMS (ISO/IEC 27001: 2013) Puan Sheliana binti Ab. Rahman – 05 2095067 dan Puan Norsita Binti Mat Zan – 05 2095594.