DYMM Permaisuri Perak Rasmi Kongres Ke-40 Persatuan Pediatrik Malaysia : 06 September 2018
DYMM Tuanku Zara Salim ketika melancarkan gimik perasmian program 40th MPA Anual Congress. ÂÂÂÂ
IPOH, 06 SEPTEMBER 2018 - YB Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Bin Ahmad menegaskan pesakit yang menerima pemberian pek percuma ubat-ubat baharu yang berkos tinggi melalui 'Patient Access Scheme (PASc)' tidak akan terjejas berikutan penangguhan sementara skim berkenaan.
Beliau berkata pesakit yang telah menerima pemberian ubat sebelum ini tidak perlu khuatir kerana tidak ada pemberhentian atau penamatan untuk mendapat bekalan ubat-ubatan menerusi skim tersebut.
"Kesemua kebajikan pesakit sebelum ini terjamin, kecuali mereka yang baru memohon di bawah skim itu memerlukan sedikit waktu," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Kongres ke-40 Persatuan Pediatrik Malaysia, di Pusat Konvensyen Ipoh, di sini hari ini.
Menurutnya, pihaknya akan segera menyelesaikan status skim itu bersama Ketua Audit Negara Tan Sri Dr. Madinah Binti Mohamed.
"Saya telah bertemu dengannya dan beliau memberitahu sedang mempertimbangkan semuanya, kerana apa (yang) penting bukan untuk memberhentikan skim itu tetapi untuk menambah baik tadbir urusnya.
"Iaitu cara-cara bagaimana sokongan-sokongan farmaseutikal itu dapat ditangani, diurus dengan baik supaya dapat kita melakukan dengan lebih efisien, berkesan dan mengelakkan salah laku atau diskriminasi,†kata beliau.
Terdahulu program berkenaan telah dirasmikan oleh DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.
PASc adalah skim yang ditawarkan oleh syarikat farmaseutikal kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menambah baik akses ubat kepada pesakit terutamanya bagi ubat-ubatan yang mahal.
Dalam pada itu, bercakap mengenai kongres yang bertemakan 'Marginalised Children-Addressing the Needs, Leaving No Child Behind Towards Sustainable Development Goals' itu, YB Dr Dzulkefly Bin Ahmad berkata kongres itu akan membincangkan beberapa isu mengenai pelarian, masyarakat Orang Asal dan masyarakat miskin bandar.
"Malah saya juga berpendapat adalah penting 'practitioner of paediatric' (pengamal bidang pediatrik) agar dapat bersama KKM dalam mempertingkatkan 'delivery of healthcare' (penyampaian perkhidmatan kesihatan) lebih baik dan lebih maju,†kata beliau.
DYMM Tuanku Zara Salim berkenan menyampaikan titah ucapan perasmian dalam program tersebut. | |
DYMM Tuanku Zara Salim diberi penerangan mengenai produk kesihatan yang dipamerkan dalam program tersebut. | |
DYMM Tuanku Zara Salim melawat gerai pameran yang dibuka dalam program tersebut. | |
DYMM Tuanku Zara Salim bergambar bersama YB Menteri kesihatan, Dr Dzulkefly Bin Ahmad dan jawatakuasa pengelola dalam program terbabit. | |
DYMM Tuanku Zara Salim tekun membaca risalah-risalah yang terdapat dalam pameran tersebut. |
Sumber : Korporat, SUK Perak.