Ketua Jabatan Dan Pegawai Kanan Bertindak Sebagai First Line Of Defence Dalam Perang Melawan Jenayah Rasuah – Yab Mb. : 6 Oktober 2020
Semua peserta seminar berdiri menyanyikan Lagu Kebangsaan
IPOH, 6 Oktober 2020 – Ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai kanan Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC) dan perbadanan negeri berperanan sebagai first line of defence dalam memerangi melawan jenayah rasuah.
YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu meminta semua pihak agar mengambil peranan atau ‘to take ownership’ bagi memantau perbelanjaan dan operasi jabatan masing-masing bagi mengelakkan ketirisan.
“Saya memandang serius perihal nilai integriti. Sesiapa sahaja yang diamanahkan dengan sesuatu jawatan, sama ada dilantik atau dipilih, kita wajib mengingatkan diri sendiri tentang tanggungjawab yang diletakkan di atas bahu kita.
“Oleh itu, saya ingin berpesan kepada ketua-ketua jabatan supaya sentiasa memantau dan mengingatkan kakitangan masing-masing tentang peri pentingnya memelihara nilai integriti sepanjang masa,” kata beliau semasa merasmikan Seminar Integriti Peringkat Negeri Perak “Integrity Governans dan Anti-Rasuah” di Casuarina Convention Centre, Meru.
Hadir sama, YB Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Tuan Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Zulazlan bin Abu Hassan; YBhg. Tan Sri Abu Kassim Bin Mohamed, Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional ,Jabatan Perdana Menteri dan YBrs. Tuan Haji Mohd Gunawan Bin Che Ab Aziz, Timbalan Ketua Pengarah Dasar Dan Strategik, Jabatan Perdana Menteri.
Dalam masa yang sama, YAB Dato’ Seri Ahmad Faizal berkata, kerajaan negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Anti Rasuah Negeri Perak sebagai menyahut Gerakan Pemantapan Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Dalam Urusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia.
Berikutan itu katanya, semua jabatan dan agensi telah diarahkan untuk membangunkan Pelan Anti-Rasuah Organisasi atau lebih dikenali sebagai OACP.
Menurutnya, Majlis Perbandaran Taiping muncul sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Malaysia yang berjaya membangunkan OACP.
Tambah beliau, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) menjadi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pertama negeri yang menubuhkan Unit Integriti dan Governans serta membangunkan OACP.
Seminar Integriti Peringkat Negeri Perak “Integrity Governans dan Anti-Rasuah” yang dianjurkan melibatkan 250 peserta terdiri daripada barisan ketua-ketua jabatan negeri dan GLC negeri Perak.
Sistem Direktori Kakitangan Pejabat SUK Perak | |
Klik Sistem Direktori Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk maklumat pengguna. Sistem ini disediakan di dalam versi BAHASA MELAYU SAHAJA. Untuk makluman sistem ini dapat dilayari melalui versi mozilla 8 dan IE8 ke atas sahaja. KLIK DISINI >> |
Senarai di bawah adalah Laporan Bilangan Transaksi Online yang digunakan oleh pengguna portal. Juga dilampirkan Pencapaian Piagam Pelanggan bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk rujukan.
Laporan Bilangan Transaksi Perkhidmatan Online | |
Pencapaian Piagam Pelanggan | |
Laporan Kajian Kepuasan Pelanggan | |
Kajian Kepuasan Pekerja |
Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Beliau juga pernah berkhidmat di Bahagian Perumahan Awam sebagai Ketua Penolong Setiausaha, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) ialah sebagai Pegawai Daerah Muallim. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.
Beliau juga berkelulusan Ijazah Sarjana Informasi Global dan Telekomunikasi dari Universiti Waseda, Jepun dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Bioteknologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ialah sebagai Datuk Bandar Ipoh. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) disandang oleh YBrs. Puan Halizah binti Sipun. Beliau berkelulusan B.E (Hons) Fakulti Ekonomi dan Pengkhususan Bidang Analisis Ekonomi (UKM), Diploma Pengurusan Awam (INTAN) dan Sarjana Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah) (UTM). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 26 Mac 1996 sebagai Penolong Setiausaha di Unit Ekonometrik, Bahagian Analisa Ekonomi dan Antarabangsa, Kementerian Kewangan Malaysia. Beliau juga pernah berkhidmat di beberapa jabatan seperti SUB Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat SUK, Timbalan Setiausaha Bahagian Cawangan Pengurusan Projek dan Penyelarasan Kementerian Kesihatan Malaysia. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) ialah sebagai Pegawai Daerah dan Tanah Kinta. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Sila Klik Disini Senarai Data Terbit Keseluruhan Bagi Kerajaan Negeri Perak
Any complaint in the State of Perak must be through the channel provided here
We will reply all post within 5 working days. Thank you.
Click Here: e-Aduan Perak
Perak SUK Office Staff Directory System | |
Klik Perak State Secretary's Office Staff Directory System for user information. The system is available in version ENGLISH ONLY. For information this system can be browsed through mozilla 8 and IE8 versions and above only. CLICK HERE >> |
Please Click Here For The List Of Overall Published Data Of The Perak State Government.
The list below is the Online Transaction Number Report used by portal users. Also attached is the Client Charter Achievement for the Perak State Secretary's Office for reference.
Online Service Transaction Number Report | |
Client Charter Achievement | |
Customer Satisfaction Survey Report | |
Employee Satisfaction Survey |
Â