Kejayaan Sebagai Inspirasi Untuk Lebih Cemerlang : 12 April 2016

Kejayaan Sebagai Inspirasi Untuk Lebih Cemerlang
DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin menyampaikan titah Diraja sempena Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Keempat, Dewan Negeri Perak (DUN) Darul Ridzuan Ke-13.

IPOH, 12 APRIL 2016 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah agar rekod kejayaan yang telah dicapai pentadbiran kerajaan negeri haruslah dijadikan sumber inspirasi bagi mencapai tahap kejayaan yang lebih cemerlang.

Selain itu baginda turut bertitah bahawa kerajaan negeri akan menerapkan budaya dan identiti kerja berlandaskan prinsip ‘value for money’  dan ‘optimal sepending’ di dalam usaha menguruskan perbelanjaan secara berhemah.

“Tiga belas jabatan dan agensi telah dianugerahkan pengiktirafan tertinggi empat bintang pada tahun 2014 berbanding lapan jabatan dan agensi pada tahun sebelumnya. Ini jelas menunjukkan komitmen kerajaan beta untuk meningkatkan kecekapan dan mengamalkan budaya pengurusan kewangan berhemah. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri telah diberi pengiktirafan lima (5) Bintang dalam Indeks Bintang (Indeks SSR) Agensi Sektor Awam Tahun 2015-2016 oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Malaysia (MAMPU).

Rekod kejayaan ini hendaklah dijadikan inspirasi untuk mencapai tahap kejayaan yang lebih cemerlang. Usaha mengurus perbelanjaan secara berhemah berlandaskan prinsip ‘value for money’ dan ‘optimal spending’ akan dijadikan budaya dan identiti Kerajaan Beta.” titah DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sempena Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Keempat, Dewan Negeri Perak (DUN) Darul Ridzuan Ke-13 di Dewan Negeri, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Terdahulu di dalam titah ucapan baginda,  DYMM  Sultan Nazrin Muizzuddin Shah melahirkan rasa syukur dan memuji di atas kejayaan pentadbiran kerajaan negeri yang berjaya memperoleh berbagai pengiktirafan seperti kejayaan meningkatkan kutipan hasil, mencapai peratusan tertinggi bilangan jabatan yang mendapat penarafan tertinggi empat bintang Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan, kejayaan Program Permukiman Daerah, pertumbuhan pesat sektor perumahan dan hartanah, peningkatan bilangan pelabur dan Negeri Perak menjadi negeri paling tinggi di Malaysia yang  telah menerima jumlah kedatangan pelancong domestik selama tiga tahun berturut-turut mencecah angka 5.67 juta pada tahun 2012, 6.02 juta pada tahun 2013 dan meningkat kepada 7 juta dalam tahun 2014.

“Alhamdulillah Kerajaan Beta berjaya mengurus hasil dan perbelanjaan secara cekap. Dalam tahun 2015, Kerajaan Beta telah mencatatkan lebihan pendapatan bernilai tujuh perpuluhan enam  juta ringgit berbanding anggaran belanjawan defisit, lima puluh juta ringgit semasa belanjawan 2015 dibentangkan. Prestasi ini amatlah baik kerana Kerajaan Beta berjaya mengekalkan rekod lebihan pendapatan selama enam tahun berturut-turut sejak tahun 2010.

Dalam tahun 2015, keseluruhan hasil dan penerimaan pembangunan, berjumlah satu perpuluhan dua tujuh bilion  ringgit. Kutipan hasil mencecah sembilan ratus lima puluh tujuh juta ringgit sementara penerimaan pembangunan berjumlah tiga ratus enam belas perpuluhan lapan juta ringgit. Perbelanjaan sepanjang tahun 2015, berjumlah satu perpuluhan dua tujuh bilion ringgit; sembilan ratus lima puluh dua perpuluhan lapan juta ringgit belanja mengurus dan tiga ratus tiga belas perpuluhan dua juta ringgit belanja pembangunan.” titah DYMM Paduka Seri Sultan Perak.

Selain kejayaan-kejayaan dan pencapaian pentadbiran kerajaan negeri, DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin turut bertitah mengenai isu permuafakatan penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Menurut baginda,  kebelakangan rakyat di negara ini semakin dilanda dengan pelbagai isu yang semakin menggugat keutuhan perpaduan dan keharmonian masyarakat.

“Keamanan adalah prasyarat untuk mencapai kemakmuran. Keamanan dan kemakmuran adalah anugerah ILAHI. Apabila manusia memilih untuk bersengketa maka akan terjejas ketenteraman awam dan akan rosak keharmonian alam. Lebih mendukacitakan, apabila persengketaan dicetuskan atas nama agama oleh kumpulan militan dengan menjanjikan sistem urus tadbir dunia yang lebih baik. Manusia perlu jelas memilih kaedah untuk mencapai matlamat.”

Baginda bertitah bahawa melakukan keganasan, kemusnahan terhadap harta benda dan seumber kehidupan, bertindak secara militan, membunuh, menyerang, menculik, merogol, mengebom hingga mengakibatkan terkorbannya insan-insan tidak berdosa adalah perbuatan yang sama sekali bercanggah dengan ajaran islam.  Titah baginda, Islam menyeru dan menganjurkan perdamaian.

“Ideologi untuk menegakkan negara Islam secara militan, semakin mempengaruhi ummah,  semakin merebak ke serata dunia dan turut mempengaruhi pemikiran rakyat di negara ini. Beberapa orang rakyat Malaysia dilaporkan terbunuh di negara tertentu. Beberapa tangkapan dan tahanan dilakukan. Menangkap dan menahan kalangan yang terlibat menyokong dan menyertai kegiatan militan seperti ISLAMIC STATE hanyalah satu langkah dan tindakan, tetapi langkah tersebut belum menjamin masalah telah atau akan dapat diselesaikan. ”

Menurut DYMM Paduka Seri Sultan Perak, amatlah penting untuk melaksanakan pendekatan yang lebih komprehensif dalam menangani dan membendung masalah yang melibatkan ideologi, fahaman dan tafsiran.

“Faktor-faktor yang telah menjadi daya penarik atau daya penolak hingga berjaya mempengaruhi minda rakyat untuk menyertai pertubuhan sedemikian wajib dikenal pasti, difahami dan dianalisis. Faktor-faktor seperti harapan dan ilusi, kekecewaan dan impian, kemiskinan dan penderitaan, kezaliman dan penindasan, dilaporkan, antara faktor yang menjadi sebab anak-anak muda terdorong untuk menyertai gerakan sedemikian.” titah DYMM Sultan Perak.

Di akhir titah ucapan, baginda turut menzahirkan penghargaan kepada YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abd Kadir  di atas kejayaan pentadbiran kerajaan negeri yang melaksanakan pelbagai program pembangunan dan membawa kemajuan kepada Negeri Perak Darul Ridzuan.

Selain itu baginda juga turut menghargai peranan ahli-ahli Dewan Negeri, ahli-ahli Dewan Negara, Orang Besar Negeri, Anggota Perkhidmatan Awam,  Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, badan-badan beruniform, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Pegawai Majlis Agama dan Pentadbir Agama Islam, Penghulu, Imam dan Pegawai Masjid, Pemimpin-pemimpin agama, kaum dan masyarakat, badan-badan sukarela, badan-badan kebajikan, badan-badan sukan, pertubuhan-pertubuhan belia serta pihak swasta yang saling bekerjasama melaksanakan tanggung jawab dalam memenuhi amanah untuk membangun dan memajukan negeri.

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-13 berlangsung dengan Majlis Istiadat Pembukaan Rasmi Sidang DUN Perak yang disempurnakan DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan sejurus sahaja keberangkatan tiba baginda bersama DYMM Raja Permaisuri Perak,  Tuanku Zara Salim kira-kira jam 9.30 pagi.

Keberangkatan tiba baginda bersama DYMM Raja Permaisuri Perak, disambut oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir, YBhg. Yang DiPertua Dewan Negeri, Datuk Seri S.K Devamany dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Perak.

Majlis Istiadat Pembukaan Rasmi Sidang DUN Perak dimulakan dengan upacara mengibarkan Bendera Peribadi Tuanku diiringi lagu kebesaran Negeri Perak. DYMM Sultan Perak kemudian mencemar duli melakukan pemeriksaan perbarisan Kawalan Kehormatan Utama dari Batalion Pertama Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara, Ulu Kinta yang terdiri daripada 3 orang pegawai dan 110 orang anggota.

Selesai pemeriksaan perbarisan Kawalan Kehormatan Utama, DYMM Sultan Perak dan DYMM Raja Permaisuri Perak berangkat ke kamar diraja diiringi YAB Menteri Besar, YBhg. Yang DiPertua Speaker dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri sebelum masuk ke Dewan Mesyuarat bagi menyampaikan titah Diraja kira-kira jam 10.00 pagi.

Kejayaan Sebagai Inspirasi Untuk Lebih Cemerlang

Ketua-ketua jabatan turut hadir ke Majlis Istiadat Pembukaan Rasmi Sidang DUN Perak Ke-13.

Kejayaan Sebagai Inspirasi Untuk Lebih Cemerlang

YAB Menteri Besar Perak, Yang DiPertua Dewan Negeri dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri menyambut keberangkatan tiba DYMM Sultan Perak dan DYMM Raja Permaisuri Perak.

Kejayaan Sebagai Inspirasi Untuk Lebih Cemerlang

DYMM Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memberi tabik hormat ketika lagu kebesaran Negeri Perak dimainkan.

Kejayaan Sebagai Inspirasi Untuk Lebih Cemerlang

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika mencemar duli melakukan pemeriksaan perbarisan Kawalan Kehormatan Utama dari Batalion Pertama Pasukan Gerakan Am ( PGA) Briged Utara.
Kejayaan Sebagai Inspirasi Untuk Lebih Cemerlang YAB Menteri Besar Perak,Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir ketika sesi perbahasan sempena Sidang DUN Perak Ke-13.

Sumber: Korporat, SUK Perak.

Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Selasa 26 Mac 2024, 15:17:41.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.
Senarai Direktori
Sistem Direktori Kakitangan Pejabat SUK Perak
Klik Sistem Direktori Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk maklumat pengguna. Sistem ini disediakan di dalam versi BAHASA MELAYU SAHAJA. Untuk makluman sistem ini dapat dilayari melalui versi mozilla 8 dan IE8 ke atas sahaja. KLIK DISINI >>
Galeri Arkib

Berikut adalah himpunan-himpunan Arkib :

arkib Arkib Berita arkib Arkib Dasar/Polisi

 

Statistik / Perangkaan

Senarai di bawah adalah Laporan Bilangan Transaksi Online yang digunakan oleh pengguna portal. Juga dilampirkan Pencapaian Piagam Pelanggan bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk rujukan.

transaksi online Laporan Bilangan Transaksi Perkhidmatan Online
ppp Pencapaian Piagam Pelanggan
ppp Laporan Kajian Kepuasan Pelanggan
ppp Kajian Kepuasan Pekerja
QR Code
qrms

https://www.perak.gov.my

Pautan Agensi

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan)

YBrs. Puan Nor Sham Binti RahmanJawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.

Beliau juga pernah berkhidmat di Bahagian Perumahan Awam sebagai Ketua Penolong Setiausaha, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) ialah sebagai Pegawai Daerah Muallim. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

ss suaidiJawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.

Beliau juga berkelulusan Ijazah Sarjana Informasi Global dan Telekomunikasi dari Universiti Waseda, Jepun dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Bioteknologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ialah sebagai Datuk Bandar Ipoh. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan)

TIMBALAN UPENJawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) disandang oleh YBrs. Puan Halizah binti Sipun. Beliau berkelulusan B.E (Hons) Fakulti Ekonomi dan Pengkhususan Bidang Analisis Ekonomi (UKM), Diploma Pengurusan Awam (INTAN) dan Sarjana Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah) (UTM). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 26 Mac 1996 sebagai Penolong Setiausaha di Unit Ekonometrik, Bahagian Analisa Ekonomi dan Antarabangsa, Kementerian Kewangan Malaysia. Beliau juga pernah berkhidmat di beberapa jabatan seperti SUB Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat SUK, Timbalan Setiausaha Bahagian Cawangan Pengurusan Projek dan Penyelarasan Kementerian Kesihatan Malaysia. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) ialah sebagai Pegawai Daerah dan Tanah Kinta. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Data Terbuka
Data Terbuka Bagi Tahun 2022
# SET DATA
1. Kes-Kes Lembaga Rayuan Negeri Perak Plan Malaysia
2. Lokasi Penginapan Di Negeri Perak
3. Kadar Bayaran Salinan Digital Rancangan Pemajuan Plan Malaysia
4. Guru Agama Dakwah Jabatan Agama Islam Perak
5. Garis Panduan Perancangan (GPP) Yang Diterima Pakai Oleh Negeri Perak
6. Statistik Gunatanah Negeri Perak Plan Malaysia
7. Senarai Pengredan Premis Makanan PBT Negeri Perak
8. Senarai Pasar Awam, Pasar Sehari, Pasar Malam, Pasar Lambak Dan Pasar Tani Pihak Berkuasa Tempatan.
9. Senarai Alamat Pejabat JPS Perak
10. Status Pewartaan Rancangan Pemajuan Negeri Perak Oleh Plan Malaysia

 

Data Terbuka Bagi Tahun 2021
# SET DATA
1. Maklumat Permohonan Iklan Jawatan Kosong SPA Perak
2. Senarai YB Pegawai Kewangan Negeri
3. Penyata Akaun Hasil Disatukan
4. Nama Sungai-Sungai Di Negeri Perak
5. Senarai Projek Perumahan Rakyat (PPR) Negeri Perak
6. Penolong Pendaftar Nikah Negeri Perak
7. Senarai Lesen Penginapan, Hotel Yang Berdaftar Dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Perak
8. Statistik Pegawai Yang Mempunyai Kelayakan Profesional (Ir, Ar, Sr) Jabatan Kerja Raya Perak
9. Senarai Tempat Pelancongan Di Negeri Perak
10. Senarai Pemungut Derma Kelulusan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk)
11. Penerima Kad Perak Prihatin Mengikut Daerah
12. Statistik Penjawat Awam Negeri Perak ke Luar Negara Mengikut Gred Jawatan
13. Statistik Penjawat Awam Negeri Perak ke Luar Negara Mengikut Bulan Dan Negara
14. Statistik Penjawat Awam Negeri Perak ke Luar Negara Mengikut Jenis Lawatan

 

Sila Klik Disini Senarai Data Terbit Keseluruhan Bagi Kerajaan Negeri Perak

Agency Links

People's Complaints

Any complaint in the State of Perak must be through the channel provided here

We will reply all post within 5 working days. Thank you.

Click Here: e-Aduan Perak

Directory List
Perak SUK Office Staff Directory System
Klik Perak State Secretary's Office Staff Directory System for user information. The system is available in version ENGLISH ONLY. For information this system can be browsed through mozilla 8 and IE8 versions and above only. CLICK HERE >>
Open Data
Open Data 2021
# DATA SET
1. Information on Applications for Perak PSC Job Vacancy Advertisements
2. List of State Financial Officers
3. Consolidated Revenue Account Statements
4. Names of Rivers in Perak
5. List of Perak People's Housing Projects (PPR)
6. Perak State Assistant Registrar of Marriages
7. List of Licensed Accommodations, Hotels Registered with the Perak Local Authorities (PBTs)
8. Statistics of Public Works Department Officers with Professional Qualifications (Ir, Ar, Sr)
9. List of Tourist Attractions in Perak
10. List of Donation Collectors Approved by the Perak Islamic Religious and Malay Customs Council (MAIPk)
11. Perak Prihatin Card Recipients According to Districts.
12. Statistics of Perak Civil Servants to Overseas According to Post Grade
13. Statistics of Perak Civil Servants to Overseas According to Month and Country
14. Statistics of Perak Civil Servants to Overseas According to Types of Visit

 

Open Data 2020
# DATA SET
1. PLANMalaysia@Perak List of Methods and Enactments
2. Planning Guidelines (GPP) and Planning Standards (PP) in Perak
3. Payment Rate for Search and Supply of Perak Geospatial Information - GIS
4. Perak Livestock Census
5. List of Water-Gates in Perak
6. List of Telemetry Stations in Perak
7. List of Pump Houses in Perak
8. List of Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Wakaf Cemetery Land
9. List of Agriculture Training Centres
10. List of District and Area Agriculture Offices
11. List Of Perak State Sports Training Centres
12. Statistics Of Local Authority Councillors
13. List Of Perak State Award Recipients
14. Address Of Perak State Public Library Corporation
15. Rumah Perakku Development Data
16. Perak Halal Hotel And Resort Premises
17. List Of Perak State Sports Associations

 

Please Click Here For The List Of Overall Published Data Of The Perak State Government.

Statistics / Analysis

The list below is the Online Transaction Number Report used by portal users. Also attached is the Client Charter Achievement for the Perak State Secretary's Office for reference.

transaksi online Online Service Transaction Number Report
ppp Client Charter Achievement
ppp Customer Satisfaction Survey Report
ppp Employee Satisfaction Survey

 

Archive Gallery

Here are the archive collections :

arkib News Archive arkib Policy Archive

Â