Berikut adalah soalan-soalan yang sering diajukan oleh pengunjung Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lain, sila hubungi kami di talian 05-2095194 (Bahagian Korporat) untuk bantuan atau emel kami di webadmin@perak.gov.my | ||
Tiada maklumat peribadi akan dikumpulkan semasa anda melayari Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui emel. Untuk maklumat lanjut, sila layari ‘ Dasar Privasi’ di bahagian bawah setiap halaman. Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak merupakan medium rasmi kerjaan negeri yang berfungsi untuk menyampaikan maklumat serta perkhidmatan dengan berkesan kepada rakyat secara atas talian. Portal ini mengandungi malumat mengenai sejarah negeri, kerajaan negeri, jentera pentadbiran negeri, aplikasi secara atas talian, serta maklumat-maklumat terkini yang ingin disampaikan kepada rakyat sebagai makluman dan rujukan. Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak boleh dicapai oleh semua lapisan masyarakat. Bagaimanapun, terdapat beberapa maklumat dan perkhidmatan yang memerlukan anda mendaftar sebagai seorang ahli. | ||
Orang awam boleh menyemak Penyata Kewangan Tahunan PBT setelah ia dibentangkan dan diluluskan di dalam Dewan Undangan Negeri Perak pada setiap tahun dan setelah pewartaan dibuat ke atasnya. Hasil-hasil utama yang dikutip oleh Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak adalah hasil cukai pintu di mana ia menyumbang 70% daripada keseluruhan hasil/ pendapatan PBT di samping carum bantu kadar, sewaan dan sumbangan yang diterima daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Semua kerja di bawah RM200,000.00 hendaklah dikhaskan oleh kontraktor Bumiputera kelas F yang berdaftar dengan PKK dalam Kepala dan Sub Kepala yang berkaitan sahaja. Pendaftaran kontraktor Kelas F dilakukan mengikut daerah dan oleh itu hanya kontraktor dalam daerah berkenaan sahaja boleh ditawarkan kerja di bawah RM200,000.00 OSC online satu halacara baru memproses cadangan pemajuan iaitu sebuah sistem elektronik yang bertanggungjawab membuat penyerahan permohonan dan memproses pemohonan untuk kawalan pemajuan. Ia juga merupakan satu platform elektronik untuk mendapatkan maklumat dan berkomunikasi secara dua hala untuk maklumat-maklumat berkenaan dengan kawalan pemajuan. Pemilik boleh mengemukakan permohonan secara bertulis ke Pihak Berkuasa Tempatan di mana pegangan tersebut berada dengan menyertakan salinan dokumen seperti hak milik, penyata kewangan dan sebagainya. Pengecualian ke atas cukai taksiran ke atas sesuatu pegangan yang layak mengikut peruntukan Akta Kerajaan Tempatan diputuskan oleh Pihak Berkuasa Negeri selepas mendapat ulasan daripada Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan. Syarikat perlu mendaftar dengan Kementerian Kewangan (MoF) bagi membolehkan syarikat tersebut menyertai projek tender/sebut harga untuk membekalkan perkhidmatan/barangan di bawah bidang kod berkenaan. Bagi syarikat yang ingin memasuki tender/sebut harga yang melibatkan kerja, syarikat hendaklah berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan juga Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam kepala/kelas/gred yang berkaitan. Pemohon hendaklah memohon Lesen Menggali Semula Kubur melalui Pejabat Daerah dan Tanah berserta bayaran Wang Pos RM5.00. setelah itu, Pihak Berkuasa Negeri akan memproses permohonan lesen itu dalam tempoh masa 3 minggu.
Berdasarkan Seksyen 134, Akta Kerajaan Tempatan 1976, cukai taksiran boleh dikecualikan sekiranya pegangan atau sebahagian daripada pegangan digunakan semata-mata : Cukai taksiran atau pintu yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasa Negeri mengikut seksyen 127, Akta Kerajaan Tempatan 1976. Tempoh kuat kuasa sesuatu kadar cukai taksiran adalah 12 bulan. Pemohon ialah orang berkelayakan yang mengemukakan permohonan kepada PBT selaras dengan peruntukan akta-akta yang berkaitan, antaranya arkitek, jurutera, perancang dan juruukur tanah. | ||
Tiada/Percuma Ya, KECUALI aduan ;
Semua aduan yang berkaitan dengan tindakan dan keputusan agensi Kerajaan yang dirasakan tidak adil dan tidak mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan.
Boleh, dengan izin pengadu. Boleh, sekiranya aduan tersebut melibatkan kepentingan awam (Whistleblower) seperti ketiadaan pondok polis, jambatan. | ||