Sabtu, 21 September 2019
 
  • Kemaskini Terakhir: 20 September 2019
 
lain
faq2 seperator hubungi2 seperator maklumbalas2 seperator peta2
Soalan Lazim Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman

  1. Profil Bahagian
  2. Visi, Misi dan Objektif
  3. Fungsi
  4. Carta Bahagian

Bahagian Dewan Negeri dan MMK
Aras 2, Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh Perak

Tel: 05-2095000 samb. 5223
Faks: 05-2413687
Kamarulariffin bin Hj. Ayub
Setiausaha Bahagian
Bahagian Dewan Negeri dan
Majlis Mesyuarat Kerajaan
 

VISI

Memperkasa jentera pentadbiran negeri bagi mencapai taraf dunia pada 2015 bagi meningkatkan kebajikan,kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

MISI

Kami anggota Bahagian Dewan Negeri & MMK berikrar dan beriltizam untuk memberikan perkhidmatan berkualiti demi memenuhi kehendak pelanggan dan pihak-pihak yang berkepentingan.

OBJEKTIF

  • Menjadikan jentera pentadbiran yang cekap dan tadbir urus sempurna.
  • Meningkatkan pembangunan ekonomi, sosial serta kualiti hidup rakyat secara adil dan saksama.
  • Menjana dan menaikkan imej Kerajaan Negeri.

FUNGSI UTAMA

  • Mengurus dan mentadbir hal-hal yang berkaitan dengan Persidangan Dewan Negeri.
  • Mengurus dan menyempurnakan hal-hal yang berkaitan dengan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO).
  • Memberi perkhidmatan kepada Ahli-ahli Dewan Negeri serta Bekas Ahli-ahli Dewan Negeri yang melibatkan Tuntutan Elaun Perjalanan / Keistimewaan dan kemudahan seperti yang terkandung di dalam Enakmen Anggota Pentadbiran dan Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 1993 serta urusan Ganjaran dan Pencen.
  • Menguruskan Hal-hal yang berkaitan dengan Persatuan Parlimen Komanwel (CPA) serta Persidangan Speaker-Speaker SeMalaysia
  • Mengurus dan memproses Pencalonan Darjah Kebesaran dan Pingat - Pingat Negeri serta persiapan untuk Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Perak.
  • Menerima dan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan Lembaga Jemaah Pengampunan Negeri Perak.
  • Menerima dan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan Penahanan dan Pembebasan Pesakit Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak.
  • Menjalankan tugas-tugas sebagai Pembantu Khas kepada Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan di dalam melaksanakan tugas harian mereka.

Klik carta di atas untuk paparan lebih jelas.