Sesi Penyerahan Goodies Ramadan YAB Menteri Besar Perak.

YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad menyampaikan goodies kepada YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim
IPOH, 26 Februari 2025 – YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak telah menyempurnakan sesi penyerahan goodies Ramadan kepada warga bangunan Perak Darul Ridzuan di pejabatnya, di sini.
Penyampaian tersebut termasuklah kepada wakil ketua-ketua jabatan; wakil kontraktor penyelenggaraan kebersihan; wakil kontraktor penyelenggaraan landskap bangunan dan wakil Persatuan Pengamal Media Negeri Perak.
Sesi penyampaian tersebut adalah bersempena menyambut kedatangan bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.
Hadir sama, YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak; YB Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin, Pegawai Undang-Undang Kerajaan Negeri Perak; YB Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak; YB Dato' Haji Mohd Zolkafly bin Harun, YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan serta ketua-ketua jabatan.
Sumber : Korporat, SUK Perak.