DYMM Sultan Perak Berkenan Bubar DUN Perak : 9 April 2018

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah selepas pembubaran DUN Perak yang ke 13 dilaksanakan.
KUALA KANGSAR, 9 APRIL 2018 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-13.
Pembubaran DUN Perak dibuat bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) selepas YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Bin Tun Abd Razak mendapat perkenan DYMM Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bagi pembubaran Parlimen.
YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir telah menghadap baginda untuk memohon perkenan pembubaran DUN berkenaan.
Turut berangkat ke istiadat tersebut ialah DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa dan DYAM Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris Shah.
Istiadat dimulakan dengan bacaan al-Quran sebelum disusuli dengan titah DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang pertama kali dilaksanakan dalam istiadat memberi perkenan pembubaran DUN.
Dalam istiadat itu baginda menzahirkan penghargaan atas perkhidmatan YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir yang telah memimpin Kerajaan Negeri Perak sejak 7 Mei 2013, setelah mendapat perkenan baginda untuk menggalas tugas selaku Menteri Besar.
DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah juga menzahirkan penghargaan kepada ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Dewan Negeri Perak ke-13 yang telah menyempurnakan tugas selain tanggungjawab masing-masing.
“Setelah menimbangkan permohonan tersebut, berpandukan Fasal 2 Perkara 36 Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, beta memberi perkenan Dewan Negeri Perak Ketiga Belas dibubarkan berkuat kuasa 9 April 2018.
“Beta juga menzahirkan penghargaan kepada ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri begitu juga kepada semua ahli Dewan Negeri Perak Ketiga Belas yang telah menyempurnakan tugas dan tanggungjawab masing-masing,†titah baginda.
|
|
DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama YAB Menteri Besar dan barisan Exco Kerajaan Negeri yang telah mengetuai pentadbiran negeri selepas PRU13. |
|
|
YB Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan bersama segelintir media yang membuat liputan sempena pembubaran DUN Perak Ke-13. |
|
|
Mufti Perak, YABhg Tan Sri Dato' Seri Dr Haji Harussani Bin Haji Zakaria membacakan doa sebelum majlis berlangsung. |
|
|
DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menandatangani dokumen pembubaran DUN Perak Ke-13 sambil disaksikan YAB Menteri Besar. |
|
|
 YAB Menteri Besar Perak beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada pembubaran DUN Perak Ke-13. |
Sumber : Korporat, SUK Perak.






Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.