Sultan Nazrin Shah Hadiri Sambutan Hari Pahlawan : 31 Julai 2018

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memeriksa kawalan kehormatan utama Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Divisyen sempena sambutan Hari Pahlawan 2018.
IPOH, 31 JULAI 2018 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menghadiri sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Perak di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Ketibaan baginda pada jam 9 pagi disambut YAB Menteri Besar, Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mohd Gazali Bin Jalal.
Turut berangkat, DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan DYTM Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebesaran Negeri Perak diikuti pemeriksaan kawalan kehormat oleh DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang terdiri daripada tiga pegawai kanan daripada 103 anggota lain-lain pangkat dari Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Divisyen dipimpin Leftenan Kolonel Anuar Kaliman.
Ketua kawalan kehormat adalah Mejar Faizal Bin Fadhil manakala pegawai pembawa panji-panji adalah Leftenan Shafizan Bin Senawi.
Sebaik kawalan kehormat selesai, tiupan Last Post dimainkan dan Jalur Gemilang kemudian diturunkan.
Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan doa khas Hari Pahlawan oleh Mejar Titan Bin Abdul Wahab dan diikuti deklamasi sajak bertajuk 'Pahlawanku' yang dideklamasikan oleh Leftenan Bakrishah Bin Abdullah yang juga Pegawai Laksana Kapal Diraja (KD) Kinabalu dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Sebaik selesai, tiupan Rouse kemudian dimainkan dan Jalur Gemilang dinaikkan semula diikuti lagu kebesaran negeri Perak sebelum kawalan kehormatan utama keluar perbarisan menandakan penamat upacara.
|
|
YAB Menteri Besar, Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu. |
|
|
DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah melakukan tabik hormat dalam majlis sambutan Hari Pahlawan 2018. |
|
|
PDRM antara anggota unit beruniform yang turut terlibat dalam sambutan Hari Pahlawan 2018. |
|
|
Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Divisyen antara badan beruniform yang terlibat dalam menjayakan sambutan Hari Pahlawan 2018. |
|
|
DYMM Paduka Seri Sultan Perak bersama tetamu kehormat yang menghadiri sambutan Hari Pahlawan 2018. |
Sumber : Korporat, SUK Perak.






Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.