SUK Perak Sasar Dua Emas SUKSEM Di Kelantan : 28 September 2018

YBrs, Tuan Zulazlan Bin Abu Hassan melakukan gimik pelepasan kepada kontinjen SUK Perak yang bertanding di SUKSEM Kelantan.
IPOH, 28 SEPTEMBER 2018 - Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak mensasarkan mengutip dua pingat emas dalam temasya Sukan SeÂÂÂÂtiausaha Kerajaan Negeri Se-Malaysia (SUKSEM) Kali Ke-7 yang berlangsung di Kelantan pada 30 September hingga 5 Oktober depan.
Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), YBrs Tuan Zulazlan Bin Abu Hassan berkata, antara sukan yang dilihat berpotensi menggapai pingat emas adalah bola sepak, badminton, ping pong dan bola jaring.
“Saya rasa sukan-sukan tersebut mampu menyumbang emas sepertimana rekod sebelum ini yang menunjukkan kita pernah raih pingat walaupun gangsa.
“Apa pun saya harap ke semua atlet yang mewakili SUK Perak dalam SUKSEM ini akan mempamerkan semangat juang yang tinggi sekali gus membawa pulang emas seperti disasarkan,†ujar beliau ketika berucap pada Majlis Penyampaian Amanat dan Pelepasan Atlet di Dewan Serbaguna Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Katanya, beliau turut berharap setiap atlet menjaga tingkah laku dan keselamatan diri agar tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini.
“Jaga disiplin, jaga tingkah laku, jaga keselamatan diri kecederaan terutamanya. Ini semua penting kerana kita nak elak daripada berlaku sebarang perkara di luar dugaan,†kata beliau.
SUKSEM merupakan kejohanan sukan khusus untuk penjawat awam yang mempertandingkan lapan acara iaitu bola sepak, badminton, sepak takraw, bola jaÂÂÂÂring, bola tampar, ping-pong, golf dan dart.
Pada SUKSEM yang berlangsung di Johor dua tahun lalu, SUK Perak menduduki tempat keempat keseluruhan dengan pencapaian satu emas, satu perak dan satu gangsa.
|
|
Ketua Kontinjen SUK Perak, Tuan Hj Ahmad Roslan Bin Mohamed Nazir menyarungkan jaket sukan sebagai gimik majlis kepada YBrs Tuan Zulazan Bin Abu Hassan. |
|
|
YBrs Tuan Zulazlan Bin Abu Hassan menyarungkan pakaian sukan kepada Pengurus sepak takraw SUK Perak, Encik Syamsul Istar Bin Ibrahim Istar dalam majlis tersebut. |
|
|
YBrs Tuan Zulazlan Bin Abu Hassan menyampaikan cenderahati kepada pengurus pasukan bola jaring SUK Perak, Puan Rozalinawati Binti Che Roslee. |
|
|
YBrs Tuan Zulazlan Bin Abu Hassan menyerahkan bendera Perak kepada Ketua Kontinjen SUK Perak, Tuan Hj Ahmad Roslan Bin Mohamed Nazir. |
|
|
YBrs Tuan Zulazlan Bin Abu Hassan bersama para atlet SUK Perak yang bertanding di SUKSEM Kelantan. |
Sumber : Korporat, SUK Perak.






Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.