Kakitangan SUK Perak Terlibat Dalam Latihan Pengungsian Bangunan Perak Darul Ridzuan 2018 : 27 Disember 2018

Kakitangan Bangunan Perak berkumpul semasa latihan pengungsian bangunan.
IPOH, 27 DISEMBER 2018 - Satu latihan kebakaran telah diadakan bertempat di Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Program yang turut dikenali sebagai Latihan Pengungsian Bangunan Perak Darul Ridzuan 2018 itu melibatkan semua kakitangan Pejabat Setiausaha Negeri selain bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan bagi menghindari kebakaran.
Selain itu, ia turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh yang melakukan latihan menyelamat dan pertolongan cemas terhadap mangsa kebakaran. Latihan kebakaran itu telah bermula sekitar jam 10.00 pagi dan berakhir 11.00 pagi.
|
|
Polis Bantuan Bangunan Perak Darul Ridzuan turut terlibat dalam menjayakan program tersebut. |
|
|
Anggota bomba turut berkerjasama dalam menjayakan pengungsian bangunan di Bangunan Perak Darul Ridzuan. |
Sumber : Korporat, SUK Perak.



Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.