MOU Eratkan Hubungan Antara MPT Dan Bandaraya Fukouka : 24 Januari 2019
Yang Dipertua MPT, Dato' Haji Abdul Rahim Bin Md Ariff dan Datuk Bandar Fukuoka, Encik Takashima Soichiro ketika pertukaran MoU antara kedua-dua pihak.
IPOH, 24 JANUARI 2019 - Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dan Bandaraya Fukuoka, Jepun telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi melaksanakan program pertukaran haiwan antara kedua-dua negara yang dijangka dilakukan pada tahun ini.
YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu berkata, pertukaran haiwan itu membabitkan haiwan yang terdapat di kedua-dua zoo dari negara berkenaan dalam jangka masa yang akan ditetapkan kelak.
"Para pegawai dari pihak zoo di Taiping dan Fukuoka akan mengadakan perbincangan lebih lanjut bagi mengenal pasti haiwan-haiwan yang sesuai untuk dilakukan pertukaran dan ia bukan untuk selama-lamanya.
"Saya percaya ini (program pertukaran haiwan) adalah simbolik kepada hubungan erat antara Bandaraya Fukuoka dengan negeri Perak yang diharap jalinan persahabatan antara kedua-dua negara dapat diperkukuhkan lagi dengan pelbagai kerjasama yang dapat dilaksanakan pada masa akan datang," ujar beliau.ÂÂÂÂ
Beliau berkata demikian selepas majlis pemeteraian MoU berkenaan di Bangunan Perak Darul Ridzuan.ÂÂÂÂ
Pada majlis yang berlangsung di Bangunan Perak Darul Ridzuan, MPT diwakili Yang Dipertuanya, YBhg Dato' Haji Abdul Rahim Bin Md Ariff manakala Bandaraya Fukuoka diwakili Datuk Bandarnya, Encik Takashima Soichiro sambil disaksikan YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu.ÂÂÂÂ
Sementara itu, YBhg Dato' Abdul Rahim Bin Md Ariff berkata, antara kepentingan perjanjian MoU itu adalah ia mampu mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak khususnya berkaitan penyelidikan haiwan dan sebagainya.ÂÂÂÂ
Beliau berkata, kedua-dua pihak juga mempunyai misi yang sama iaitu meningkatkan kesedaran dan kepentingan kepada masyarakat dalam memastikan kehidupan flora dan fauna sentiasa terpelihara.ÂÂÂÂ
"Kita berharap ia (perjanjian) ini akan menjadi batu loncatan kepada kedua-dua pihak bagi memastikan kehidupan alam seperti flora dan fauna sentiasa dijaga dan dipelihara," kata beliau.
YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu menyampaikan cenderahati kepada Datuk Bandar Fukuoka, Encik Takashima Soichiro. | |
YB Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Bin Jamaluddin bersama Datuk Bandar Fukouka, Encik Takashima Soichiro sebelum majlis menandatangani Mou. | |
Majlis menandatangani MoU antara MPT yang diwakili YBhg Dato' Haji Abdul Rahim Bin Md Ariff dan Datuk Bandar Fukuoka, Encik Takashima Soichiro. | |
YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu beramah mesra bersama Datuk Bandar Fukuoka, Encik Takashima Soichiro. | |
Kerajaan Negeri menyampaikan sumbangan RM20,000 kepada Zoo Taiping selepas majlis menandatangani MoU antara MPT dan Bandar Fukuoka. |
Sumber : Korporat, SUK Perak.