200 Peserta Hadiri Ceramah “Ramadan First Class Baru Handei" : 17 Mei 2019

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan), YBrs Puan Norsham Binti Rahman menyampaikan penghargaan kepada PU Yop selepas tamat ceramah yang berlangsung.
IPOH, 17 MEI 2019 - Lebih 200 peserta yang terdiri di kalangan kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah menghadiri ceramah 'Ramadan First Class baru Handei" yang menampilkan PU Yeop selaku penceramah.
Ceramah itu telah diadakan selama satu jam 20 minit bermula sekitar jam 8.10 pagi hingga 9.30 pagi di Dewan Serbaguna SUK Perak.ÂÂÂÂ
Ceramah anjuran Kelab Seri Perak Darul Ridzuan (KESEDAR) itu bertujuan untuk mengimarahkan selain memberi kesedaran kepada semua peserta berkaitan keberkatan dan kebaikan yang terdapat dalam bulan Ramadhan.
Selain itu, ceramah seumpama itu turut akan diadakan pada hari Jumaat setiap minggu dalam bulan Ramadhan pada tahun ini.
![]() |
PU Yop ketika menyampaikan ceramah yang bertajuk Ramadan First Class Baru handei. |
![]() |
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) YBrs Puan Norsham Binti Rahman antara tetamu kehormat yang hadir dalam ceramah agama tersebut. |
![]() |
Antara penjawat awam negeri terdiri di kalangan wanita yang hadir dalam ceramah agama berkenaan. |
![]() |
Antara kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak yang hadir pada ceramah yang berlangsung. |
![]() |
PU Yop bersama peserta yang terdiri di kalangan penjawat awam negeri yang hadir dalam ceramah tersebut. |
Sumber : Korporat, SUK Perak.






Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.