Lebih 10,000 Pengunjung Hadir Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perak 2019 : 30 Jun 2019

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu ketika merasmikan sambutan Hari Belia Negera Peringkat Negeri Perak 2019.
IPOH, 30 JUN 2019 - Lebih 10,000 pengunjung hadir pada sambutan Hari Belia Negara peringkat negeri Perak yang diadakan selama tiga hari mulai Jumaat lepas.
YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu berkata, sambutan Hari Belia pada kali ini berjalan lancar dan mendapat sambutan yang amat baik terutama daripada golongan belia.
Beliau berkata, pelbagai aktiviti diisi sepanjang sambutan itu antaranya karnival usahawan belia, seminar penyediaan sijil halal, karnival sukan OKU, anugerah perdana belia, battle of the band dan festival dram.
“Dengan tema Perpaduan 4.0 diharapkan agar rakyat di negeri ini kembali bersatu, mengeratkan silaturahim dan bersama dalam mengadakan pelbagai aktiviti yang menyumbang ke arah sesuatu yang positif.
"Hari ini kita turut sampaikan anugerah kepada persatuan-persatuan serta beberapa anak muda yang telah menunjukkan kualiti kepimpinan di Perak sepanjang 2018 dan 2019,†ujar beliau.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perak 2019 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak.
Hadir sama YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Negeri Perak, Tuan Howard Lee Chuan How.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, sambutan Hari Belia juga perlu diraikan semua golongan khususnya kaum belia memandangkan ia mempunyai pelbagai aktiviti dan program yang mampu memberi nilai tambah yang positif.
![]() |
YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu ketika menyampaikan ucapan kepada para peserta yang terlibat dalam sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perak 2019. |
![]() |
YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu menyampaikan Anugerah Khas Belia Peringkat Negeri Perak 2019 kepada Encik Azhar Bin Ibrahim. |
![]() |
Bacaan ikrar dilakukan Exco MBN Perak sempena sambutan Hari Belia Negara Peringkat negeri Perak 2019. |
![]() |
YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu bersama sebahagian anggota Persatuan Belia Felda Sungai Behrang yang menerima anugerah. |
Sumber : Korporat, SUK Perak.





Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.