Raja Muda Perak Berangkat Ke Siri Konsert Jelajah MPO : 29 Jun 2019

Kumpulan MPO ketika melakukan persembahan sempena Siri Konsert Jelajah MPO.
IPOH, 29 JUN 2019 - DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan DYTM Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah berkenan berangkat ke Siri Konsert Jelajah Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) ke Utara Semenanjung Malaysia di Auditorium PERAKfm, Jabatan Penyiaran Malaysia.
Turut berangkat DYAM Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan DYAM Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Konsert yang berlangsung kira-kira dua jam itu mempersembahkan seleksi lagu klasikal agung seperti Academic Festival Overture ciptaan Brahms, Piano Concerto No.1 (ciptaan Tchaikovsky) dan Overture to Candide (ciptaan Bernstein).
Selain itu, konsert yang dipimpin oleh Konduktor Residen MPO, Gerard Salonga berkenaan turut menampilkan karya tempatan seperti Tunggu Sekejap, Cindai, Tanah Pusaka dan Putera Puteri.
Ke semua lagu dipilih adalah khusus untuk memberi kepuasan simfoni yang maksimum kepada para penonton.
Siri Konsert Jelajah MPO ke Utara Semenanjung Malaysia seterusnya akan berlangsung di Pulau Pinang pada 2 Julai ini.
![]() |
DYAM Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan DYAM Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan beramah mesra dengan peserta yang terlibat. |
![]() |
DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa berkenan berangkat ke Siri Konsert Jelajah MPO. |
![]() |
DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa bersama tetamu yang hadir pada Siri Konsert Jelajah MPO. |
Sumber : Korporat, SUK Perak.




Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.