Skip to main content

Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak Tahun 2020.: 15 September 2020

DYMM Paduka Seri Sultan Perak menyampaikan Anugerah Khas kepada Petugas Barisan Hadapan dalam menangani Covid-19.

IPOH, 15 September 2020 – DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan kurnia sumbangan sebagai penghargaan kepada jasa dan bakti wira negara yang menetap di negeri Perak.

Seramai 12 orang penerima dikurniakan sumbangan terdiri daripada 5 pesara Angkatan Tentera Malaysia; 5 pesara Polis Diraja Malaysia dan dua pesara dari Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Baginda berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Jamuan Teh dan Penyampaian Hadiah Sempena Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak Tahun 2020 di Casuarina@Meru, Ipoh.

Berangkat sama, DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim;  DYTM Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa; DYTM Raja Puan Besar, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah; DYAM Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan DYTM Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Dalam majlis yang sama, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut berkenan mengurniakan plak penghargaan sebagai Anugerah Pengiktirafan Khas kepada petugas barisan hadapan Covid-19 yang terdiri daripada Jabatan Kesihatan Negeri Perak; Polis Diraja Malaysia Negeri Perak; Angkatan Tentera Malaysia; Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak; Angkatan Pertahanan Awam Negeri Perak dan RELA Negeri Perak.

Selain itu, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah sempena Hari Kebangsaan 2020 melibatkan Pertandingan Sayembara Puisi Hari Kebangsaan Negeri Perak dan Pertandingan Video Pendek Hari Kebangsaan Negeri Perak 2020.

Baginda turut berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan Negeri Perak membabitkan enam kategori iaitu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Kampung dan Taman Perumahan, Bangunan Kerajaan dan Swasta, Individu, Pintu Gerbang dan Sekolah. Kesemua pemenang diberikan hadiah berupa wang tunai dan plak penghargaan.

Sumber : Korporat, SUK Perak.
FaLang translation system by Faboba
  • Copyright © 2020 Perak State Government. Last Updated : Thursday 27 November 2025, 04:19:41.
Best Display: 1600 x 900 Pixels via Mozilla Firefox at RESPONSIVE SET UP.