Skip to main content

NCIA Bersama EPU Anjur Seminar Pendapatan Garis Kemiskinan Melibatkan Empat Negeri.: 2 Oktober 2020.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak menyampaikan pembentangan semasa program tersebut.

SUNGKAI, 2 Oktober 2020 – Pihak Berkuasa Pelaksanaan dan Koridor Utara (NCIA) dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU) telah menganjurkan Seminar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 di Institut Latihan Statistik Malaysia, Sungkai.

Seminar yang dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) ini telah melibatkan empat negeri di bawah NCIA iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Ia diadakan bertujuan untuk membentangkan hasil kajian semula PGK 2019, membincangkan impak, mengenal pasti isu dan cabaran mengenai garis kemiskinan yang dihadapi serta mengesyorkan strategi/pelan tindakan bagi membasmi kemiskinan di wilayah NCIA.

Dalam masa yang sama, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim telah membentangkan hasil dapatan sesi Focus Group Discussion mengenai dapatan PGK 2019 Zon Utara bagi pihak Kerajaan Negeri Perak yang telah dilaksanakan oleh pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak bersama-sama agensi dan jabatan negeri pada 24 September yang lalu.

Hadir sama dalam seminar tersebut, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Tuan Azman Bin Mohd Yusof; YB Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang, Dato’ Dr Mohamad Farazi Bin Johari; Pengarah Bahagian Perancang Ekonomi Kedah, YBrs. Encik Muhamad Mahazi Bin Haji Ibrahim; Timbalan Ketua Pengarah EPU, YBrs. Dr. Maziah Binti Che Yusoff; Pengarah Bahagian Pembangunan Wilayah EPU, YBhg. Dato' Ahmad Zamri Bin Khairuddin; Ketua Eksekutif NCIA, YBhg. Datuk Seri Jebasingam Issace John; Ketua Perangkawan Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia, YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, dan Profesor Kehormat Centre For Policy Research and International Studies (CENPRIS) Universiti Sains Malaysia (USM), YBhg. Professor Dato’ Dr. Sukor Kasim.

YB Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed juga berkesempatan melawat tapak komuniti Orang Asal Kampung Sungai Odak di mana NCIA menjalankan program-program modal insan yang merangkumi aspek Akademik serta Latihan Kemahiran & Keusahawanan. Pendekatan holistik ini amat penting bagi mengeluarkan komuniti Orang Asli dari kancah kemiskinan serta mewujudkan ekosistem keusahawanan di NCIA.

Sumber : Korporat, SUK Perak.
FaLang translation system by Faboba
  • Copyright © 2020 Perak State Government. Last Updated : Thursday 27 November 2025, 04:19:41.
Best Display: 1600 x 900 Pixels via Mozilla Firefox at RESPONSIVE SET UP.