Perak Lancar Projek Khas Tani Covid-19 Bantu 318 Petani : 19 November 2020.
YAB Menteri Besar menyampaikan pakej bantuan kepada penerima.
IPOH, 19 November 2020- Kerajaan Negeri Perak telah melancarkan Projek Khas Tani COVID-19 bagi membantu 318 petani tanaman makanan utama yang terjejas berikutan wabak pandemik itu.
YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu berkata sebanyak RM 856,000 diperuntukkan bagi menyediakan pakej bantuan ini yang berupa input pertanian seperti baja dan racun.
“Kita menjangkakan kesemua input baja dan racun itu akan siap diagihkan kepada semua petani terpilih selewat-lewatnya akhir bulan depan dan pada permulaannya kita akan agihkan kepada wakil-wakil petani di Daerah Kinta.
“Kita berharap bantuan ini sedikit sebanyak akan membantu wira-wira tani kita dan juga sebagai sokongan moral kepada mereka supaya terus berjuang sebagai barisan hadapan untuk merangsang produktiviti memastikan bekalan makanan rakyat Negeri Perak mencukupi,” katanya pada Majlis Pelancaran Projek Khas Tani COVID-19 di Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Hadir sama, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim; YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perikanan, Perladangan dan Sekuriti Makanan Negeri, Dato’ Abdul Yunus Jamhari dan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri, Puan Norsiyenti Othman.
Dalam pada itu, YAB Dato’ Seri Ahmad Faizal berkata berdasarkan data tidak rasmi oleh Jabatan Pertanian Negeri, sehingga 30 Oktober lalu menunjukkan kemungkinan berlaku penyusutan pengeluaran hasil tani pada tahun ini kerana kesukaran proses penuaian dan kekangan pemasaran dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah ditetapkan.
“Setakat 30 Oktober lalu komoditi sayur-sayuran dan buah-buahan telah mengalami penurunan yang banyak dan kerajaan dibawah inisiatif Skim Agro Prihatin, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) telah membelanjakan RM2.4 Juta bagi membeli lambakan sayur daripada petani yang terkesan,” ujar beliau.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.