Skip to main content

Kerajaan Negeri Perak Terima Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya 2030 KKR. : 9 Mac 2021

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak menerima Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya 2030 daripada TKSU (Dasar dan Pembangunan)

IPOH, 9 Mac 2021 – Kerajaan Negeri Perak telah menerima Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya 2030 atau Highway Network Development Plan 2030 (HNDP 2030) daripada Kementerian Kerja Raya, hari ini.

HNDP 2030 telah diserahkan oleh YBhg. Datuk Badrul Hisham bin Mohd, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) Kementerian Kerja Raya kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi.

Sesi penyerahan tersebu berlangsung semasa Kunjungan Hormat daripada Kementerian Kerja Raya yang berlangsung di Bilik Gerakan Negeri, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Hadir sama, YBrs. Puan Halizah binti Sipun, TImbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Perak dan YBrs. Tuan Haji Zulkipli bin Haji Nasri, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak.

FaLang translation system by Faboba
  • Copyright © 2020 Perak State Government. Last Updated : Thursday 27 November 2025, 04:19:41.
Best Display: 1600 x 900 Pixels via Mozilla Firefox at RESPONSIVE SET UP.