Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Penghargaan Pesara Tahun 2021 PTG Perak.: 2 April 2021
YB Setiausaha Kerajaan Negeri bergambar bersama penerima anugerah perkhidmatan cemerlang pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Majlis Jasamu Dikenang PTG Perak.
IPOH, 2 April 2021 - Seramai 55 orang kakitangan Pejabat Tanah dan Galian dipilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Penghargaan Pesara Tahun 2021.
Anugerah tersebut disampaikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim yang diadakan di Hotel Casuarina, Meru, di sini.
YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada penerima dan berharap agar produktiviti mereka dapat ditingkat lagi.
“Saya merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada penerima anugerah dan pesara yang diraikan pada hari ini.
“Untuk yang masih berkhidmat, tingkatkan produktiviti, teruskan kecemerlangan perkhidmatan dengan menerapkan Nilai Bersama Perak Sejahtera iaitu jujur, bijaksana, prihatin, kebersamaan dan tegas dalam melaksanakan tugas,” katanya.
Turut hadir dalam majlis tersebut, YBhg. Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Perak, Dato’ Fariz bin Mohamad Hanip.
Dalam perkembangan sama, seramai 55 orang kakitangan Pejabat Tanah dan Galian Perak menerima anugerah yang terdiri daripada 5 kategori iaitu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2020; Anggota Bersara Wajib Tahun 2021; Anggota Bersara Pilihan Tahun 2021; Anugerah Khas PTG Perak dan Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition (APIC) Tahun 2020.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.