Skip to main content

YAB Menteri Besar Perak Lancar Buku ‘Pengetua Dan Kepengetuaan’.: 12 April 2021

buku1

YAB Menteri Besar Perak bergambar bersama Alumni MPSM

IPOH, 12 April 2021- YAB Menteri Besar Perak, Dato' Saarani bin Mohamad telah melancarkan buku “Pengetua dan Kepengetuaan” yang diterbitkan oleh Alumni Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) Negeri Perak.

Pelancaran diadakan sempena Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Perak Bersama alumni MPSM dan Kepimpinan Warga Pendidik Negeri Perak di Dewan Serbaguna, Laman Seri Ridzuan.

Pengerusi Alumni MPSM, Encik Muhammad Razi Abdul Jabar berkata, buku itu menghimpunkan catatan kisah dan pengalaman Pengetua yang pernah berkhidmat di Perak dalam menguruskan hal ehwal pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Beliau juga berterima kasih kepada Menteri Besar Perak yang telah bersetuju untuk memberi penajaan kepada buku ini yang telah diedarkan ke sekolah-sekolah di semua daerah negeri Perak sejak Februari lalu termasuk sekolah agama dan MRSM. Selain itu, Encik Muhammad Razi Abdul Jabar berharap buku ini dapat memberi rangsangan positif kepada rakan-rakan yang masih bertugas untuk memimpin sekolah kearah yang lebih cemerlang.

Dalam masa yang sama, YAB Dato’ Saarani bin Mohamad dalam ucapannya berkata, beliau berbesar hati kerana dapat melancarkan buku tersebut.

“Pengalaman sangat penting kerana tidak dijual di kedai mahupun di dewan kuliah,” ujar beliau yang juga bekas pendidik.

Menurutnya, dibandingkan semasa beliau menjadi guru pada 1982, guru sekarang mempunyai lebih ramai tenaga kerja dan pembantu untuk memastikan segala tugas kerja dapat dilakukan dengan lebih lancar di samping bekerjasama untuk membangunkan sekolah.

FaLang translation system by Faboba
  • Copyright © 2020 Perak State Government. Last Updated : Thursday 27 November 2025, 04:19:41.
Best Display: 1600 x 900 Pixels via Mozilla Firefox at RESPONSIVE SET UP.