Skip to main content

Mesyuarat Agung Kelab Seri Perak Darul Ridzuan (KESEDAR) Kali Ke -25, 2021.

Barisan Ahli Jawatankuasa KESEDAR Sesi 2021-2022

IPOH, 23 April 2021- Hampir 800 anggota Kelab Seri Perak Darul Ridzuan (KESEDAR) menghadiri Mesyuarat Agung Kelab Seri Perak Darul Ridzuan (KESEDAR) Kali Ke-25, 2021 yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul.

Yang Dipertua KESEDAR, YB Dato’ Ahmad Suaidi Bin Abdul Rahim berkata, beliau berterima kasih kepada semua ahli yang dapat hadir pada mesyuarat ini. Kehadiran ini jelas memperlihatkan komitmen yang tinggi sebagai ahli dalam mengukur kecemerlangan untuk KESEDAR.

“Meski pun kita sendiri mempunyai komitmen kerja hakiki di pejabat, namun, aktiviti kelab sebegini memberi ruang dan peluang untuk kita mengeratkan silaturahim sesama ahli serta dapat melengkapkan sahsiah seseorang itu dari aspek intelektual, fizikal mahupun kerohanian,” ujar beliau.

“Selaku Yang Dipertua KESEDAR yang baharu, saya dimaklumkan bahawa kesan penularan wabak Covid-19 ini telah menyebabkan mesyuarat agung tidak dapat dilaksanakan pada tahun 2020 dan beberapa perancangan aktiviti juga telah ditangguhkan. Pada tahun ini, sekiranya situasi kembali pulih, kita akan pastikan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dapat direalisasikan”, tambah beliau ketika berucap pada ucapan aluan mesyuarat.

Pembubaran Ahli Jawatankuasa Sesi 2019/2020 telah dibuat dan diteruskan lagi dengan pelantikan Ahli Jawatankuasa KESEDAR 2021/2022 selain pembentangan usul-usul berbangkit.

Mesyuarat dimeriahkan lagi dengan pemberian insentif hadiah kecemerlangan bagi kontinjen Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak yang telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan bagi Sukan Setiausaha Kerajaan Negeri Se-Malaysia (SUKSEM) 2018 di Kelantan serta pemberian cabutan bertuah kepada ahli yang hadir pada mesyuarat tersebut.

FaLang translation system by Faboba
  • Copyright © 2020 Perak State Government. Last Updated : Thursday 27 November 2025, 04:19:41.
Best Display: 1600 x 900 Pixels via Mozilla Firefox at RESPONSIVE SET UP.