Skip to main content

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Berangkat Ke Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Perak.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan bantuan hari raya daripada dana zakat MAIPk.

IPOH, 28 April 2021- DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Perak di Masjid Negeri, Masjid Sultan Idris Shah II, di sini.

Turut berangkat DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Almarhum Raja Muda Musa dan DYAM Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah.

Turut mengiringi keberangkatan baginda, YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Zainol Fadzi bin Paharuddin yang mewakili YAB Menteri Besar Perak; YB Setiausaha Kerajaan Perak, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; Yang Dipertua MAIPK, Dato’ Seri Mohd Annuar bin Zaini dan YBhg. Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Dato’ Haji Mohd Yusop bin Haji Husin.

Majlis tersebut dimulakan dengan aluan bacaan Al-Quran, diikuti dengan Majlis Tahlil dan Doa Selamat sebelum Baginda berkenaan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama lebih 300 yang hadir.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah kemudiannya berangkat diiringi tetamu dan orang ramai yang hadir bagi menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

Dalam majlis itu juga, DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut berkenan menyampaikan bantuan Hari Raya daripada dana zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) berjumlah RM7.8 juta kepada 12 penghulu dari setiap daerah, mewakili 31,296 penerima daripada seluruh negeri.

FaLang translation system by Faboba
  • Copyright © 2020 Perak State Government. Last Updated : Thursday 27 November 2025, 04:19:41.
Best Display: 1600 x 900 Pixels via Mozilla Firefox at RESPONSIVE SET UP.