Skip to main content

JAIPk Lancar Pelan Anti Rasuah Organisasi.

YAB Menteri Besar Perak menyampaikan Pelan Antirasuah Organisasi kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Perak

IPOH, 28 April 2021 - Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah melancarkan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP).

YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Saarani bin Mohamad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi dan GLC berkata, pelancaran pelan tersebut adalah untuk memastikan semua kakitangan JAIPk tidak terlibat dengan rasuah.

“Antara kandungan pelan itu ialah ikrar intergriti dan aku janji di samping perkara-perkara yang berkaitan dengan tanggungjawab dan amanah mereka.

“Tiap-tiap jabatan ada falsafah dan pelan yang tersendiri, jadi inisiatif ini dilihat penting untuk meyakinkan dan meningkatkan integriti pegawai penjawat awam dari segi pentadbiran, kewangan, tatatertib dan sebagainya khususnya di JAIPk” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Pelan Anti Rasuah (OACP) di Pejabat YAB Menteri Besar Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.

Hadir sama, Ybhg. Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Perak, YBhg Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Haji Mohamad dan Ybhg. Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk), Pengarah JAIPk, Dato’ Mohd Yusop bin Husin.

Sementara itu, Ybhg. Dato’ Mohd Yusop bin Husin berkata, OACP ini bertujuan untuk meningkat integriti pelbagai aspek dalam kalangan anggota di dalam jabatan itu.

“JAIPk akan sentiasa dilihat bersih dan jika boleh tidak mahu ada amalan rasuah, tetapi sebagai jabatan kerajaan mungkin berlaku kekhilafan serta boleh terdedah rasuah.

“Oleh itu, melalui pelan ini, saya berharap agar ia dapat membantu menyelamatkan dan mengawal kami daripada terbabit dalam kancah rasuah,” katanya.

FaLang translation system by Faboba
  • Copyright © 2020 Perak State Government. Last Updated : Thursday 27 November 2025, 04:19:41.
Best Display: 1600 x 900 Pixels via Mozilla Firefox at RESPONSIVE SET UP.