Skip to main content

Face Shield Dan Hygiene Kit Untuk 5000 Petugas PKPD.

YAB Menteri Besar Perak ketika sidang media secara atas talian.

IPOH, 24 Mei 2021- YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Saarani bin Mohamad mengumumkan penyaluran bantuan pelindung muka (face shield) dan kelengkapan kebersihan tangan (hygiene kit) kepada lebih 5,000 anggota keselamatan yang bertugas sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di negeri Perak.

“Kerajaan negeri hargai kesungguhan seluruh pegawai dan anggota pasukan keselamatan bersama-sama dalam mencapai matlamat memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 yang semakin membimbangkan ini,” kata YAB Menteri Besar, Dato Saarani bin Mohamad dalam pertemuan secara atas talian bersama pegawai tertinggi pasukan keselamatan di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Beliau turut menzahirkan penghargaan atas pengorbanan dan semangat setiap warga pasukan keselamatan dalam memikul amanah dan menjadi sandaran masyarakat untuk membendung penularan COVID-19.

Pertemuan secara atas talian itu turut disertai oleh Ketua Polis Perak, Dato’ Pahlawan Mior Faridalathrash bin Wahid; Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak, Tuan Khairul Ridzuan bin Hj Mat Said; Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Perak, Noor Azam bin Johari dan Pengarah RELA Negeri Perak, Kamarul Idzham bin Kamal.

Sumber : Korporat, SUK Perak.

FaLang translation system by Faboba
  • Copyright © 2020 Perak State Government. Last Updated : Thursday 27 November 2025, 04:19:41.
Best Display: 1600 x 900 Pixels via Mozilla Firefox at RESPONSIVE SET UP.