Skip to main content

PKP 3.0: YAB Menteri Besar, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Sumbang Tiga Bulan Gaji Bantu Tabung Bencana Covid 19.

YAB Menteri Besar semasa sidang media secara atas talian di Pejabat YAB Menteri Besar Perak.

IPOH, 2 Jun 2021 :  YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Saarani bin Mohamad dan sepuluh orang Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menyumbangkan sebulan gaji masing-masing selama tiga bulan untuk disalurkan kepada Tabung Bencana COVID-19.

YAB Dato’ Shaarani Mohamad berkata, keputusan tersebut telah dibuat selepas Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) hari ini.

“Sumbangan ini membabitkan Menteri Besar Perak dan telah dipersetujui oleh sepuluh orang ahli MMK yang lain, untuk kita sumbangkan kepada Tabung Bencana COVID-19.

“Manakala itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak dan Pegawai Kewangan Negeri Perak, mereka akan ikut seperti mana yang diputuskan untuk kakitangan kerajaan seperti yang diumumkan kerajaan sebelum ini,” katanya semasa mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera 2021 di Pejabat Menteri Besar, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera 2021 itu akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM19.5 juta dan merupakan inisiatif kerajaan negeri yang melibatkan pelbagai sektor bagi menghadapi impak penutupan sektor sosial dan ekonomi atau PKP 3.0 yang dilaksanakan bermula 1 Jun lalu.

“PRE ini merupakan fokus utama kerajaan negeri dalam menjamin kelangsungan hidup rakyat yang terjejas termasuk golongan B-40, gelandangan, penjaja dan peniaga kecil, belia, petani dan sektor pelancongan yang terkesan,” katanya.

Sumber : Korporat, SUK Perak.

FaLang translation system by Faboba
  • Copyright © 2020 Perak State Government. Last Updated : Thursday 27 November 2025, 04:19:41.
Best Display: 1600 x 900 Pixels via Mozilla Firefox at RESPONSIVE SET UP.