Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pandu Lalu Pertama Di Perak.
Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pandu lalu di Stadium Indera Mulia Perak.
IPOH, 10 Jun 2021- Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pandu Lalu pertama di Perak telah beroperasi pada hari ini dengan seramai 100 penerima vaksin di Stadium Indera Mulia, Ipoh. Jumlah ini dijangka bertambah dari hari ke hari mengikut peningkatan kemahiran pasukan yang mengendalikan urusan ini.
YAB Menteri Besar, Dato’ Saarani Bin Mohamad berkata pemantauan dan sokongan yang berterusan dari pihak Covid-19 Immunisation Task Force (CITF) Negeri Perak serta pasukan petugas yang semakin mahir merupakan kekuatan untuk menambah perkhidmatan pandu-lalu di PPV Stadium Indera Mulia(SIM) ini.
“Kemampuan pasukan mengendalikan kaedah baru pemberian vaksin melalui pandu-lalu akan diuji secara berfasa. Ketika ini, perkhidmatan pandu-lalu dihadkan untuk penerima vaksin dos kedua sahaja kerana ia melibatkan proses yang lebih ringkas.
“Idea menyediakan perkhidmatan pandu-lalu tercetus bagi meringankan cabaran warga emas yang perlu beratur dalam keadaan berkerusi roda, bertongkat dan memerlukan perhatian di sepanjang proses penerimaan vaksin,” tambah beliau.
Menurut beliau juga, pertambahan kaunter pandu-lalu juga dijangka akan dapat menambah bilangan penerima vaksin iaitu sehingga 2,500 orang sehari. Langkah ini juga diambil sebagai persediaan untuk menghadapi fasa akan datang iaitu golongan 60 tahun ke bawah yang dijangkakan akan lebih ramai selepas ini.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming, berkata, pihak kesihatan sentiasa berusaha untuk menambah baik sistem vaksinasi bagi memudahkan rakyat dan supaya orang awam tidak mempunyai alasan lagi untuk tidak mengambil vaksin.
Sumber : Korporat, SUK Perak.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.