Skip to main content

PPV Pandu Lalu Daerah Kampar Akan Dibuka.

YB , Dato’ Nolee Ashilin binti Mohammed Radzi  turut hadir semasa program tersebut

KAMPAR, 12 Jun 2021- Kerajaan Negeri Perak akan membuka sebuah lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Daerah Kampar iaitu di Pusat Kesihatan Kemas Gopeng dengan penerimaan lebih 400 orang penerima sehari.

YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak, Dato’ Nolee Ashilin binti Mohammed Radzi berkata, segala persiapan sedang dilakukan bagi membolehkan PPV pandu lalu itu dibuka pada 1Julai nanti.

“Selain itu, PPV Pandu Lalu akan dibuka di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dalam masa terdekat kini.

“Buat masa sekarang Daerah Kampar sudah mempunyai PPV di Majlis Dewan Majlis Bandaran Kampar dengan penerimaan lebih 500 orang sehari,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau Program ‘Outreach’ Vaksinasi Covid-19 Daerah Kampar di Dewan Komuniti Sahom, di sini.

Ujar YB Dato’ Nolee Ashilin Mohammed Radzi lagi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, pihaknya juga akan menganjurkan program khusus vaksinasi untuk masyarakat Orang Asli.

“Di Daerah Kampar sahaja mempunyai hampir 10 buah perkampungan Orang Asli dan kebanyakannya berada di Kawasan Sahom.

“Jadi fokus kepada masyarakat itu melalui program khusus tersebut akan diadakan apabila mereka menerima vaksin yang sesuai,” katanya.

Dalam program tersebut, YB Dato’ Nolee Ashilin berkesempatan melawat Kampung Pos Dipang bagi menyampaikan sumbangan kotak makanan kepada 5 orang wakil masyarakat Orang Asli daripada 5 buah perkampungan berbeza iaitu Kampung Pos Dipang, Kampung Gapes, Kampung Sungai Limau, Kampung Batu 7 dan Kampung Sungai Peria.

FaLang translation system by Faboba
  • Copyright © 2020 Perak State Government. Last Updated : Thursday 27 November 2025, 04:19:41.
Best Display: 1600 x 900 Pixels via Mozilla Firefox at RESPONSIVE SET UP.