Skip to main content

YAB Menteri Besar Zahirkan Semangat Kepada Petugas Di Pkpd Taman Samudera, Seri Manjung.

YAB Menteri Besar Dan YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri, Mohd Akmal Bin Kamarudin (Kiri) Melakukan Tinjauan Di Program Tersebut.

MANJUNG, 10 September 2021 - YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Saarani bin Mohamad melakukan tinjauan ke Taman Samudera Seri Manjung yang telah dikenakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 5 September 2021 hingga 18 September 2021.

Turut mengiringi beliau dalam operasi tinjauan itu adalah YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri, Mohd Akmal bin Kamarudin dan Pegawai Daerah Manjung, Encik Shamsul Ridzuan bin Idris.

Lawatan itu bertujuan untuk menzahirkan rasa sokongan dan memberi semangat kepada para petugas yang bertungkus-lumus menjaminkan keselamatan penduduk dalam memutuskan rantaian COVID-19. PKPD ini membabitkan lebih 10, 000 penduduk daripada 2,260 kediaman di mana jalan utama, Jalan Dato’ Yu Neh Huat ditutup.

Dalam masa yang sama, YAB Dato’ Saarani bin Mohamad turut sempat melawati Pusat Pengumpulan dan Pengagihan Barangan di Dewan Badminton Pejabat Daerah dan Tanah Manjung. Barangan tersebut disumbangkan oleh pelbagai pihak menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pengagihan dibuat oleh beberapa agensi berkaitan seperti Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Pejabat Daerah dan Tanah Manjung.

FaLang translation system by Faboba
  • Copyright © 2020 Perak State Government. Last Updated : Thursday 27 November 2025, 04:19:41.
Best Display: 1600 x 900 Pixels via Mozilla Firefox at RESPONSIVE SET UP.