Skip to main content

Mesyuarat Perhubungan Ketua Jabatan Negeri Dan Persekutuan Negeri Perak Bilangan 2/2021.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Bergambar Bersama Tetamu Yang Hadir 

IPOH, 24 September 2021- YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan Negeri Perak Bil. 2/2021 di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Mesyuarat tersebut telah diadakan secara hibrid dengan penglibatan lebih 200 ketua jabatan negeri dan persekutuan termasuk pegawai-pegawai daerah dan Yang Dipertuan Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Perak.

Hadir sama, YB Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri,Tuan Azmir Shah Bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Zulazlan Bin Abu Hassan; YBrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Puan Nor Sham binti Rahman serta YBrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri  (Pembangunan), Puan Halizah binti Sipun.

FaLang translation system by Faboba
  • Copyright © 2020 Perak State Government. Last Updated : Thursday 27 November 2025, 04:19:41.
Best Display: 1600 x 900 Pixels via Mozilla Firefox at RESPONSIVE SET UP.