Skip to main content

Lawatan TKSUK JPM Ke Projek Pembangunan Pulau Pangkor.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Bersama YBhg TSUK JPM Ketika Melihat Pelan Pembangunan Projek Pembangunan Semula Perkampungan Nelayan Kampung Sungai Pinang Besar.

PANGKOR, 25 September 2021 - YBhg Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) Jabatan Perdana Menteri (JPM), Dato' Jamil bin Rakon telah mengadakan sesi lawatan kerja ke Pulau Pangkor melihat projek-projek pembangunan di sana.

Sambutan delegasi lawatan tersebut telah diketuai oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim sebelum memulakan lawatan ke Projek Pembangunan Semula Perkampungan Nelayan Kampung Sungai Pinang Besar bagi melihat tiga projek siap di Kampung Masjid, Kampung Teluk Kecil dan Kampung Teluk Gedung.

Selain itu, delegasi turut dibawa melihat satu projek dalam pembinaan di Kampung Sungai Pinang Besar (Fasa 2 & Fasa 3B) di mana sebuah projek pembinaan 1 blok, rumah apartment 7 tingkat sedang dibangunkan.

Seterusnya, lawatan diteruskan lagi melihat cadangan Projek Menaik Taraf dan Pembangunan Semula Kompleks Terminal Jeti Pulau Pangkor. Projek tersebut bertujuan bagi mengurangkan masalah kesesakan yang dihadapi oleh pelancong apabila musim cuti dan perayaan.

Hadir sama, YBrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Puan Halizah binti Sipun yang juga merangkap sebagai Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN); Pegawai Daerah Manjung, Encik Shamsul Ridzuan bin Idris serta Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung, Encik Mohd Helmi bin Arifin.

FaLang translation system by Faboba
  • Copyright © 2020 Perak State Government. Last Updated : Thursday 27 November 2025, 04:19:41.
Best Display: 1600 x 900 Pixels via Mozilla Firefox at RESPONSIVE SET UP.