YAB Menteri Besar Hadir Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2022 PCCCI
YAB Menteri Besar Perak ketika menyampaikan ucapan
IPOH, 3 FEBRUARI 2022- YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad bersama isteri, YBhg. Datin Seri Aezer Zubin menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2022 anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Perak (PCCCI) di Hotel Weil, di sini.
Ketibaan beliau pada jam 10.00 pagi disambut barisan kepimpinan PCCI yang diketuai oleh Presiden PCCCI, Dato’ Liew Chee Ming.
Majlis yang disambut dengan penuh meriah itu diserikan lagi dengan tarian singa dan persembahan lain dengan kehadiran kira-kira 300 orang mengikut standard operasi prosedur (SOP) yang ditetapkan.
Dalam majlis itu, YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad bersama tetamu lain turut melakukan upacara menggaul ‘yee sang’ sebagai simbolik untuk memperoleh nasib yang baik dan kesejahteraan.
Hadir sama, YB Timbalan Menteri Pendidikan I, Dato' Dr. Mah Hang Soon; YB Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh; YB ADUN Aulong, Nga Kor Ming dan YB ADUN Canning, Jenny Choi.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.