Skip to main content

Perak Lulus RM23 Juta Bagi Projek PRE Perak Sejahtera.

YAB Menteri Besar Perak ketika sesi penggulungan beliau ketika Mesyuarat Pertama Tahun Ke-5, Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari in.

IPOH, 30 Mac 2022 – Sejumlah RM23 juta telah diluluskan bagi Projek Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera mengikut portfolio Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri masing-masing.

YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad mengumumkan perkara ini semasa sesi penggulungan beliau ketika Mesyuarat Pertama Tahun Ke-5, Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.

“Sukacita saya ingin memaklumkan bahawa sehingga 30 Mac 2022, sejumlah RM23 juta Projek PRE Perak Sejahtera telah diluluskan mengikut portfolio Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dengan 11 pecahan,” katanya dalam sesi penggulungan tersebut.

Peruntukan tertinggi diberikan kepada Jawatankuasa Perumahan Kerajaan Tempatan dan Pelancongan iaitu sebanyak RM 4.5 juta dan diikuti oleh Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia sebanyak RM 4 juta.

Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO menerima peruntukan sebanyak RM 2.5 juta dan Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam menerima peruntukan sebanyak RM 2.49 juta.

Manakala, Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan Dan Koperasi menerima peruntukan sebanyak RM 2.43 juta dan Jawatankuasa Belia Sukan, Komunikasi dan Multimedia menerima peruntukan sebanyak RM 2.08 juta.

Seterusnya, Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan menerima peruntukan sebanyak RM 1.5 juta dan Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau menerima peruntukan sebanyak RM 1.32 juta.

Jelasnya lagi, Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor menerima peruntukan sebanyak RM 1 juta dan akhirnya Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil serta Jawatankuasa Agama Islam, Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi dan GLC masing-masing menerima peruntukan sebanyak RM0.58 juta.

Terdahulu, ketika pembentangan Belanjawan Negeri Perak 2022 pada Disember 2021 yang lepas, beliau telah memperuntukan dana pembangunan tambahan melalui kumpulan wang amanah berjumlah RM47 juta bagi mengukuhkan strategi merancakkan semula ekonomi negeri untuk PRE Perak Sejahtera.

FaLang translation system by Faboba
  • Copyright © 2020 Perak State Government. Last Updated : Monday 23 June 2025, 09:05:57.
Best Display: 1600 x 900 Pixels via Mozilla Firefox at RESPONSIVE SET UP.