YAB Menteri Besar Perak ketika selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Asas (Heads of Agreement) Built-To-Suit & Lease antara PKNPk dan Jinjing Silicon Technology Sdn Bh.
IPOH, 27 April 2022- Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) telah memeterai Perjanjian Asas (Heads of Agreement) Build- To – Suit & Lease (BTSL) dengan Syarikat Jinjing Silicon Technology Sdn Bhd bagi pelaburan pengeluaran dan pembangunan industri hiliran berasaskan bahan mineral.
YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad berkata, PKNPk amat serius menyokong agenda Kerajaan Negeri Perak bagi melaksanakan inisiatif-inisiatif yang memberi impak serta nilai tambah bagi merealisasikan hasrat dan dasar dalam merancakkan aktiviti ekonomi di negeri ini.
“Inisiatif pembangunan mineral yang dilaksanakan ini selari dengan Kerangka Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021-2023 serta bertetapan dengan titah DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 25 Ogos 2021 iaitu PKNPk dikenal pasti sebagai peneraju aktiviti pertengahan dan hiliran bagi industri mineral negeri Perak.
“Jadi inisiatif pertama yang dilaksanakan ini adalah dengan menarik penglibatan Jinjing Silicon Technology Sdn Bhd yang akan beroperasi di kilang berasaskan pemprosesan bahan mineral kuarza atau silika di kawasan perindustrian Khantan melalui skim Build- To – Lease yang menggunakan reka bentuk dan spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak tersebut.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Asas (Heads of Agreement) Built-To-Suit & Lease antara PKNPk dan Jinjing Silicon Technology Sdn Bhd di Bilik Mesyuarat Pejabat Menteri Besar, di sini.
Hadir sama, YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Zulazlan Abu Hassan; YB Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Dato’ Shahrul Zaman Datuk Yahya; YBhg. Ketua Eksekutif PKNPk, Datuk Redza Rafiq Abdul Razak dan YBhg. Pengerusi Jinjing Silicon Technology Sdn Bhd, Dato’ Grace Oyan.
Ujar YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad lagi, kerjasama PKNPk dan Jinjing Silicon Technology di kawasan tanah seluas 11.88 ekar milik PKNPk di Kanthan itu akan menjadi faktor pemangkin bagi pembangunan Silver Valley Technology Park (SVTP).
“Ianya bakal menarik banyak lagi pelaburan perusahaan berkaitan silika atau kuarza dan menjadikannya kilang pertama dalam menerajui pembangunan di kawasan perindustrian Kanthan atau SVTP.
“Selain itu, kilang pemprosesan tersebut akan memulakan operasi pada tahun 2023 dan dijangka akan menawarkan kira-kira 500 peluang pekerjaan baharu,” ujarnya lagi.
Dalam perkembangan sama, Jinjing Silicon Technology adalah sebuah syarikat usaha sama antara Jinjing Group Co Ltd dan Winro Sdn Bhd yang merupakan salah satu pemain industri kaca terbesar di dunia.
Dijangkakan kilang pemprosesan yang akan dibangunkan itu mampu menghasilkan 1 juta tan pasir silika putih dan 100,000 tan pasir kuarza yang berkualiti tinggi di mana ia merupakan kegunaan dalam pelbagai industri strategik.
Sistem Direktori Kakitangan Pejabat SUK Perak | |
Klik Sistem Direktori Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk maklumat pengguna. Sistem ini disediakan di dalam versi BAHASA MELAYU SAHAJA. Untuk makluman sistem ini dapat dilayari melalui versi mozilla 8 dan IE8 ke atas sahaja. KLIK DISINI >> |
Senarai di bawah adalah Laporan Bilangan Transaksi Online yang digunakan oleh pengguna portal. Juga dilampirkan Pencapaian Piagam Pelanggan bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk rujukan.
Laporan Bilangan Transaksi Perkhidmatan Online | |
Pencapaian Piagam Pelanggan | |
Laporan Kajian Kepuasan Pelanggan | |
Kajian Kepuasan Pekerja |
Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Beliau juga pernah berkhidmat di Bahagian Perumahan Awam sebagai Ketua Penolong Setiausaha, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) ialah sebagai Pegawai Daerah Muallim. Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.
Beliau juga berkelulusan Ijazah Sarjana Informasi Global dan Telekomunikasi dari Universiti Waseda, Jepun dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Bioteknologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ialah sebagai Datuk Bandar Ipoh. Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) disandang oleh YBrs. Puan Halizah binti Sipun. Beliau berkelulusan B.E (Hons) Fakulti Ekonomi dan Pengkhususan Bidang Analisis Ekonomi (UKM), Diploma Pengurusan Awam (INTAN) dan Sarjana Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah) (UTM). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 26 Mac 1996 sebagai Penolong Setiausaha di Unit Ekonometrik, Bahagian Analisa Ekonomi dan Antarabangsa, Kementerian Kewangan Malaysia. Beliau juga pernah berkhidmat di beberapa jabatan seperti SUB Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat SUK, Timbalan Setiausaha Bahagian Cawangan Pengurusan Projek dan Penyelarasan Kementerian Kesihatan Malaysia. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) ialah sebagai Pegawai Daerah dan Tanah Kinta. Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..
Sila Klik Disini Senarai Data Terbit Keseluruhan Bagi Kerajaan Negeri Perak
Any complaint in the State of Perak must be through the channel provided here
We will reply all post within 5 working days. Thank you.
Click Here: e-Aduan Perak
Perak SUK Office Staff Directory System | |
Klik Perak State Secretary's Office Staff Directory System for user information. The system is available in version ENGLISH ONLY. For information this system can be browsed through mozilla 8 and IE8 versions and above only. CLICK HERE >> |
Please Click Here For The List Of Overall Published Data Of The Perak State Government.
The list below is the Online Transaction Number Report used by portal users. Also attached is the Client Charter Achievement for the Perak State Secretary's Office for reference.
Online Service Transaction Number Report | |
Client Charter Achievement | |
Customer Satisfaction Survey Report | |
Employee Satisfaction Survey |