Skip to main content

Kerajaan Negeri Santuni Bekas Atlet.

YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimediaketika menyampaikan sumbangan.

IPOH, 12 Mei 2022- Kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri (MSN) sama sekali tidak pernah mengabaikan bekas atlet yang telah mengharumkan nama negeri Perak.

YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Komunikasi Negeri, Encik Khairul Shahril Mohamed berkata kerajaan negeri amat mengambil berat akan nasib bekas-bekas atlet negeri kita yang telah banyak berjasa.

"Kita akan cuba memberi bantuan yang sebaiknya kepada bekas atlet yang menghadapi kesukaran hidup.

"Banyak kali sudah saya tekankan kepada semua pihak jika mereka mempunyai maklumat berkaitan kesusahan yang dihadapi oleh bekas atlet kita, kongsikan bersama kita agar tidak terlepas pandang permasalahan yang dihadapi oleh mereka," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Cek Bantuan Sumbangan Bekas Atlet Perak di RPT Buntong 8, di sini.

Dalam majlis tersebut, YB Encik Khairul Shahril Mohamed telah menyampai cek bantuan sumbangan kepada Encik Magilarasan A/L Mirah yang merupakan bekas atlet olahraga jalan kaki dan pernah mewakili negeri Perak di SUKMA pada tahun 1986-1988.

Beliau yang juga merupakan kakitangan di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dari tahun 1989 telah menghidapi masalah penyakit diabetis dan kakinya telah dipotong.

Ujar YB Encik Khairul Shahril Mohamed lagi, diingatkan kepada atlet-atlet baru agar bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan pada masa hadapan.

"Kita tahu khidmat seseorang atlet mungkin akan tamat apabila umur mereka sudah melangkau 30 tahun ke atas, oleh itu mereka perlu bersedia memikirkan persediaan bagi menghadapi fasa tersebut.

"Pada fasa tersebut, atlet-atlet perlu memikirkan jalan terbaik untuk membantu diri mereka sebagai contoh mengambil lesen kejurulatihan, melakukan perniagaan berdasarkan kepakaran mereka dan lain-lain, " ujarnya lagi.

Hadir sama dalam majlis tersebut,  YBrs. Pengarah Majlis Sukan Negeri, Encik Mazlan Haji Mohamad dan YBrs Setiausaha Bandaraya MBI, Encik Ahmad Munir Ishak.

FaLang translation system by Faboba
  • Copyright © 2020 Perak State Government. Last Updated : Monday 23 June 2025, 09:05:57.
Best Display: 1600 x 900 Pixels via Mozilla Firefox at RESPONSIVE SET UP.