Mesyuarat Perhubungan Ketua Jabatan Negeri Dan Persekutuan Negeri Perak Bil 1/2022.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri bergambar bersama tetamu yang hadir.
IPOH, 27 Mei 2022- YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim telah mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan Negeri Perak Bil. 1/2021 di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Mesyuarat yang bermula pada jam 9.00 pagi itu dilakukan secara maya dengan penglibatan lebih 200 ketua jabatan negeri dan persekutuan termasuk pegawai-pegawai daerah dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Perak.
Sesi tersebut telah dimulakan dengan perutusan pengerusi sebelum diteruskan dengan pengesahan minit mesyuarat dan perkara-perkara berbangkit.
Seterusnya, mesyuarat tersebut turut melibatkan dua pembentangan mengenai Perundangan Berkaitan Pentadbiran Tanah Wakaf di Negeri Perak oleh YBrs. Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIPk), Tuan Shahrul Azam Shaari dan Fokus Projek Pembangunan Persekutuan di Negeri Perak oleh YBrs. Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Perak, Tuan Shamshuzaman Sulaiman.
Hadir sama, YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato' Azmir Shah Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Zulazlan Abu Hassan; YBrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Puan Halizah Sipun.