Skip to main content

Hari Kedua Lawatan Kerja Pasangan Bagi Duta Negara Amerika Latin Dan Caribbean (GRULAC) Ke Negeri Perak Darul Ridzuan.

Dr. R.A Ambara Baratawidjaja dan Madame Saimi Reyes Carmona turut berkesempatan untuk menikmati makanan ringan di Concubine Lane.

IPOH, 16 Jun 2022 - Lawatan pada hari kedua ini memberi tumpuan kepada menjejaki warisan Kantonis di sekitar Ipoh untuk mengenali secara lebih dekat budaya adat, makanan serta persekitaran di sini.

Lokasi pertama yang menjadi pilihan bagi para delegasi adalah Concubine Lane. Para delegasi dilihat begitu terpesona dengan bangunan bersejarah dan makanan di sepanjang lorong ini.

Kemudian, secara berjalan kaki, mereka dibawa ke Muzium Ho Yan Hor yang memperingati perjalanan sejarah asal usul teh herba Ho Yan Hor oleh pelopornya iaitu Dr. Ho Kai Cheong. Mereka turut berkesempatan untuk merasai teh yang dipercayai mampu memberi kesegaran kepada kesihatan.

Lawatan kerja ini melibatkan pasangan kepada Duta Chile, Dr. R.A Ambara Baratawidjaja, pasangan kepada Duta Cuba, Madame Saimi Reyes Carmona dan pasangan kepada Duta Peru, Madame Sandra Isabel Massieu De Morote.

Seterusnya, para delegasi menjamu selera di Restoran Kopi Chang Jiang di People’s Park, tengah hari tadi dan berkesempatan untuk melawati Tokong Paloh Koo Miu yang telah dibina sejak 1872 menjadikan ia antara tokong tertua di Perak.

Mengakhiri lawatan kerja ini adalah Gua Batu Putih atau lebih dikenali sebagai Gua Kek Look Tong.

Turut mengiringi lawatan kerja bagi para delegasi ini adalah Clr. Dr. Richard Ng, Ahli Majlis kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) merangkap Pengerusi Ipoh City Watch dan Pegawai Tadbir Tourism Perak, Puan Suhazliza Yahya.

FaLang translation system by Faboba
  • Copyright © 2020 Perak State Government. Last Updated : Monday 23 June 2025, 09:05:57.
Best Display: 1600 x 900 Pixels via Mozilla Firefox at RESPONSIVE SET UP.