Skip to main content

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Tunai Solat Sunat Aidiladha.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak berkenan berangkat ke Solat Sunat Aidiladha 

IPOH, 10 Julai 2022 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menunaikan Solat Sunat Aidiladha di Masjid Sultan Idris Shah II di sini.

Turut berangkat, DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Almarhum Raja Muda Musa serta DYAM Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah.

Turut hadir, YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad; Y.A.Bhg Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Y.A.Bhg. Jen.(B) Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Zahidi Haji Zainuddin; YABhg. Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Annuar Zaini serta Barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak.

Usai menunaikan Solat Sunat Aidiladha, DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan  berangkat ke Majlis Sambutan Aidiladha di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Sekolah Izzuddin Shah (SIS) di sini.

Turut berangkat dalam majlis tersebut, DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Berangkat sama, DYTM Raja Puan Besar, Raja Nazhatul Shima Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah dan DYTM Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

FaLang translation system by Faboba
  • Copyright © 2020 Perak State Government. Last Updated : Monday 23 June 2025, 09:05:57.
Best Display: 1600 x 900 Pixels via Mozilla Firefox at RESPONSIVE SET UP.