Skip to main content

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Anugerahkan Darjah, Pingat Kepada 122 Penerima.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak berkenan menganugerahkan darjah dan pingat kepada 122 penerima.

KUALA KANGSAR, 14 Julai 2022- DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak Tahun 2020 dan 2021 di Istana Iskandariah, di sini.

Turut berangkat, DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Almarhum Raja Muda Musa; DYTM Raja Puan Besar, Raja Nazhatul Shima Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah; DYAM Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah serta DYAM Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Hadir sama, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim; YB Penasihat Undang- Undang Negeri, Dato’ Azmir Shah Zainal Abidin serta Barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Pada isitiadat berkenaan, DYMM Paduka Seri Sultan Perak berkenan untuk menganugerahkan Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak kepada 122 orang penerima yang melibatkan 96 orang bagi tahun 2020 dan 26 orang bagi tahun 2021.

Antara penerima pada isitiadat kali ini adalah YBrs. Timbalan Pengarah Kesihatan (Perubatan), Dr. Norisah Mahat Noor yang dianugerahkan Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM).

Selain itu, bagi Anugerah Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP) telah dikurniakan kepada Pegawai Daerah Kerian, Encik Mohd Sabli Bakri, YBrs. Pengarah Pertanian Negeri Perak, Puan Norsiyenti Othman serta Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Encik Zulqarnain Mohamad.

Dalam perkembangan sama, istiadat penganugerah pada kali ini melibatkan Anugerah Darjah Paduka Si Manja Kini (PCM) seramai 6 penerima; Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP) seramai 14 orang; Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM) seramai 12 orang penerima; Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP) seramai 26 orang; Pingat Pekerti Terpilih (PPT) seramai 28 orang penerima; Pingat Jasa Kebaktian (PJK) seramai 34 orang dan Pingat Lama Pekhidmatan (PLP) seramai dua orang penerima.

FaLang translation system by Faboba
  • Copyright © 2020 Perak State Government. Last Updated : Monday 23 June 2025, 09:05:57.
Best Display: 1600 x 900 Pixels via Mozilla Firefox at RESPONSIVE SET UP.