Skip to main content

Kunjungan Hormat YB Menteri Perpaduan Negara Ke Perak.

YB Datuk Halimah Mohamed Sadique menyampaikan peruntukan RM7 juta kepada YAB Dato' Seri Saarani Mohamad

IPOH, 13 September 2022 - YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad telah menerima kunjungan hormat daripada YB Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique di Bilik Gerakan, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan untuk memberi taklimat tentang Pengurusan dan Pembangunan Kampung Baru Cina oleh Kementerian Perpaduan Negara (KPN) serta Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia.

Kementerian Perpaduan Negara turut menyampaikan peruntukan sebanyak RM7 juta kepada Kerajaan Negeri Perak bagi mengurus dan membangunkan projek Kampung Baru Cina.

Hadir sama, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Dato’ Azmir Shah Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki Mahyudin; YB Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil, Dato’ Abdul Yunus Jamahri dan Timbalan Ketua Setiausaha KPN, Dr. Kang Tong Hum.

Terdahulu, Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia telah diadakan di Johor pada bulan Jun yang lalu. Malah, ia juga telah diadakan di Selangor ketika Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022, MAEPS, Serdang, berlangsung untuk menyemai semangat perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum di negara ini.

FaLang translation system by Faboba
  • Copyright © 2020 Perak State Government. Last Updated : Thursday 27 November 2025, 04:19:41.
Best Display: 1600 x 900 Pixels via Mozilla Firefox at RESPONSIVE SET UP.