Skip to main content

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Rasmi Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Perak.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak bergambar bersama dif-dif jemputan.

BATU GAJAH, 25 Oktober 2022 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat merasmikan sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Perak di The Treasure@Taman Herba Gopeng, di sini.

Keberangkatan tiba baginda pada pukul 10 pagi itu disambut oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad dan isteri, YABhg.Datin Seri Aezer Zubir.

Sambutan Hari Hutan Antarabangsa bertemakan ‘Hutan Untuk Kesejahteraan Masyarakat’ itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pelbagai jenis hutan serta pemeliharaan dan pemuliharaannya.

Dalam majlis tersebut, DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut berkenan mengurniakan anak pokok kepada YBrs. Pegawai Daerah dan Tanah Kinta, Encik Meor Hezbullah Meor Abd Malik dan Pengurus The Treasure@ Taman Herba Gopeng, Puan Eidia Erriany Abdul Rahim.

Selain itu, baginda juga berkenan mengurniakan sijil penghargaan sumbangan penanaman pokok kepada YBrs. Pengurus Kumpulan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC), Tuan Hj. Yahanis Yahya dan YBhg. Pengurus Lembaga Air Perak (LAP) Dato' Hj. Ishak Abdul Rahman.

Turut berangkat, DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Almarhum Raja Muda Musa; DYTM Raja Puan Besar, Raja Nazhatul Shima Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah; DYAM Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah serta DYAM Tunku Soraya Binti Almarhum Sultan Abdul Halim.

Hadir sama, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Ahmad Suaidi Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato' Azmir Shah Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki Mahyudin; YBhg. Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Dato’ Mohamed Zin Yusop serta barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.

FaLang translation system by Faboba
  • Copyright © 2020 Perak State Government. Last Updated : Monday 23 June 2025, 09:05:57.
Best Display: 1600 x 900 Pixels via Mozilla Firefox at RESPONSIVE SET UP.