Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2022 Disambut Meriah.
YTM Raja Dato’ Seri Yong Sofia menyempurnakan majlis penyampaian hadiah bagi para pemenang larian.
KUALA KANGSAR, 29 Oktober 2022 - YTM Raja Dato’ Seri Yong Sofia binti Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah berkenan berangkat menghadiri Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2022 di Dataran Persisiran Sayong, pagi ini.
YTM Raja Dato’ Seri Yong Sofia berkenan menyempurnakan pelepasan larian kategori 7 kilometer (km) pada jam 7.00 pagi manakala larian 5km pada jam 7.10 pagi yang melibatkan 1,000 orang peserta secara keseluruhan kategori.
Turut mengiringi YTM Raja Dato’ Seri Yong Sofia adalah YBrs. Pegawai Daerah dan Tanah Kuala Kangsar, Encik Zulhisham Ahmad Shukori.
Larian edisi ke-10 ini telah dimeriahkan dengan pukulan Gendang 24 Musim oleh 13 orang pelajar dari Sekolah Menengah (Persendirian) Tsung Wah.
Menariknya lagi, bertemakan 'Koleksi Bangunan Ikonik Sekitar Kuala Kangsar', para peserta melalui kawasan kampung di sepanjang laluan larian sambil menikmati pemandangan di sekitar daerah Kuala Kangsar.
Program ini adalah kerjasama antara Yayasan Sultan Azlan Shah (SAS), Kerajaan Negeri Perak, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar selaku sekretariat utama serta syarikat konsultan, M5 Events Sdn. Bhd.
Sumber : Korporat, SUK Perak.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.