Perak Berganding Bahu Tonjol Kehebatan Dan Keistimewaan Negeri.
YAB Dato' Seri Saarani Mohamad melawat pelbagai gerai jualan bersama tetamu yang hadir.
IPOH, 31 Disember 2022- Anak Perak perlu ada kebanggaan untuk sama-sama berganding bahu memberitahu kepada dunia bahawa bumi bertuah Perak Darul Ridzuan ini mempunyai kehebatan dan keistimewaan tersendiri.
YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Pelancaran Tahun Melawat Ipoh 2023 dan Program Starvendors Foodstival X #TRAVELPERAKLAH 2022 di perkarangan Stadium Indera Mulia, malam ini.
Beliau berkata semua pihak perlu berganding bahu untuk meningkatkan sektor pelancongan kerana ia adalah antara nadi penting untuk pertumbuhan ekonomi negeri.
"Ini bukan lagi masa untuk kita meratapi kepedihan kehidupan era pandemik, kini adalah masa untuk kita segera tangkas menghadapi cabaran baru.
"Enjin-enjin ekonomi perlu kita perkukuhkan. Kapasiti rakyat perlu sentiasa kita upayakan agar dapat menghadapi suasana ekonomi yang menekan," jelasnya.
Tambahnya, inisiatif untuk menjadikan tahun 2023 sebagai Tahun Melawat Ipoh adalah sebagai langkah yang sangat tepat untuk kita tonjolkan lagi kekuatan dan kehebatan Ipoh sebagai antara lokasi percutian yang mesti dilawati.
Pelbagai program menarik telah dirangka sepanjang tahun 2023 untuk mempromosikan bandar Ipoh antaranya Pesta Budaya Nusantara@IPOH pada 10-11 Jun, Pesta Kopi Tempatan pada 7 Oktober dan Rainbow Challenge (Pertandingan Seni) pada 18 November.
Hadir sama, YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri, Encik Loh Sze Yee; YBhg. Datuk Bandar Ipoh, Dato' Rumaizi Baharin@Md Daud dan Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Puan Nurmalis Musa.
Sumber : Korporat, SUK Perak.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.