YAB Menteri Besar Perak Terima Kunjungan Hormat YB Menteri Pendidikan.
YAB Menteri Besar Perak ketika menerima kunjungan hormat YB Menteri Pendidikan
IPOH, 17 Januari 2023- YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad menerima kunjungan hormat daripada YB Menteri Pendidikan, Puan Fadhlina Sidek di Pejabat Menteri Besar, Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.
Kunjungan hormat tersebut bertujuan untuk membincangkan hala tuju dan inisiatif berkaitan pendidikan di negeri Perak.
Hadir sama, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azmir Shah Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki Mahyudin; YBhg. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato Hj. Pkhairuddin Hj. Ghazali serta YBrs. Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah Perak, Hjh. Rahimah Mohamed.
Terdahulu, YB Puan Fadhlina Sidek berkesempatan untuk meluangkan masa melawat Sekolah Kebangsaan Seri Tanjung, Tanjung Rambutan sebelum ke Sekolah Kebangsaan Chepor dan mengumumkan peruntukan bagi sekolah tersebut sebanyak RM400,000 serta RM150,000 bagi tujuan penambahbaikan termasuk penyelengaraan.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.