Skip to main content

Karnival Wow PerakFM Beri Peluang Masyarakat Dekati Jabatan, Agensi Kerajaan.

YB Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri ketika sesi wawancara bersama PerakFM.

TUALANG SEKAH, 4 Februari 2023- Penganjuran Karnival WOW PerakFM mampu menjadi platform terbaik bagi mendekatkan jabatan dan agensi kerajaan dengan masyarakat.

YB Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri, Encik Mohd Azlan Helmi berkata, program sedemikian bertujuan bagi memudahkan masyarakat untuk menyelesaikan urusan mereka terutama pada hujung minggu.

"Kebanyakan rakyat jika nak berurusan dengan agensi, mereka perlu berurusan pada hari biasa, kebiasaan yang mana pada hari tersebut mereka bekerja, jadi kita minta bantuan semua agensi berhimpun bagi memudahkan mereka.

"Selain itu, hujung minggu dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh penduduk setempat dengan pelbagai peluang dan kemudahan yang disediakan oleh jabatan dan agensi kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas merasmikan Karnival Wow PerakFM 'Tualang Sekah Kita Bersaudara' di Arena Rakyat Tualang Sekah, di sini.

Hadir sama, YB Ahli Dewan Negeri Malim Nawar, Puan Shasha Veriah serta YBrs. Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Perak, Puan Syazariah Majidi.

Ujar YB Mohd Azlan Helmi lagi, inisiatif ini diambil daripada usaha yang telah dilakukan oleh YAB Menteri Besar Perak iaitu Hari Bertemu Pelanggan (HBP) yang menjadi platform untuk rakyat bertemu dengan pemimpin dan pentadbiran negeri bagi menyelesaikan masalah mereka.

"Sebanyak 17 jabatan dan agensi terlibat dalam program kali ini antaranya Pejabat Daerah dan Tanah Kampar, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC), Yayasan Perak, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan banyak lagi.

"Selain kaunter perkhidmatan, penduduk setempat juga boleh melakukan saringan kesihatan dan juga pemeriksaan motorsikal percuma di reruai Hospital Tapah dan juga Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) Negeri Perak yang disediakan," ujarnya lagi.

Dalam perkembangan sama, selain perkhidmatan dan pameran, turut diadakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi menyantuni insan kurang bernasib baik di kawasan tersebut.

FaLang translation system by Faboba
  • Copyright © 2020 Perak State Government. Last Updated : Monday 23 June 2025, 09:05:57.
Best Display: 1600 x 900 Pixels via Mozilla Firefox at RESPONSIVE SET UP.