KSN Dahului Penerima Darjah Kebesaran Negeri Perak.

DYTM Raja Muda Perak berkenan mempersembahkan ucapan tahniah dan taat setia bagi pihak Raja-Raja dan Orang Besar Perak Darul Ridzuan.
KUALA KANGSAR, 4 Mac 2023- YBhg. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali mendahului senarai 22 penerima Darjah Kebesaran dan Pingat sempena Hari Keputeraan Ke-66 DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, yang disambut Nov tahun lalu.
Senarai penerima itu merupakan sebahagian daripada 212 penerima yang diumumkan pada 3 Nov tahun lalu.
Beliau yang yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara ke-15 pada 1 Januari 2020, dikurniakan Darjah Dato' Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM) yang membawa gelaran Dato’ Seri.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak,Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan mengurniakan darjah kebesaran dan pingat itu dalam satu istiadat di Istana Iskandariah, di sini.
Turut berkenan berangkat, DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Almarhum Raja Muda Musa serta DYTM Raja Puan Besar, Raja Nazhatul Shima Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah.
Hadir sama, YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya, YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad; YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Ahmad Suaidi Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato' Azmir Shah Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki Mahyudin, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Parlimen serta Ahli Dewan Negeri Perak.
Menyusuli YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali adalah YBhg. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Seri Razarudin Husain yang dikurniakan Darjah Dato' Seri Panglima Taming Sari (SPTS) yang membawa gelaran Dato’ Seri Panglima, manakala YBhg. Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia, Dato' Isham Ishak menerima Darjah Datuk Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) yang membawa gelaran Dato’.
Sementara itu, bagi Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang juga membawa gelaran Dato’ diberikan kepada 14 penerima.
Antara penerima DPMP, YAA Ketua Hakim Syarie Mahkamah Utama Syariah Negeri, Dato' Ab. Rahman Thobroni Mohd Mansor; TYT Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke London, Kementerian Luar Negeri, Dato' Zakri Jaafar; YBhg. Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Dato' Rosli Isa; YBhg. Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Dato' Anis Rizana Mohd Zainudin; YA Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Dato' S M Komathy Suppiah dan YBhg. Ketua Pengarah Arkib Negara, Dato' Jaafar Sidek Hj. Abdul Rahman.
Turut menerima darjah tersebut, YBhg. Pengarah Pembangunan Negeri, Dato' Shamshuzaman Sulaiman; YBhg. Pengarah Kanan Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu Jabatan Kerja Raya, Dato' Ir. Zulkipli Nasri; YBhg. Pakar Perunding Perubatan Penyakit Berjangkit, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Dato' Dr. Ker Hong Bee; YBhg. Ketua Jabatan Bedah Kardiothorasik, Institut Jantung Negara, Dato' Dr. Alwi Mohamed Yunus; YBhg. Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Dato' Dr. Hussamuddin Hj. Yaacub; Ybhg. Ketus Pegawai Eksekutif Kumpulan Universiti Sunway, Dato' Prof. Dr. Lee Fuh Yen; YBhg. Ketua Pegawai Eksekutif Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd, Dato' Mubarak Ali Gulam Rasul dan dan YBhg. Presiden Selangor and Federal Territory Eurasian Association, Dato' Sheila Eleanor De Costa.
Manakala, YBhg. Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) Allahyarham Datin Paduka Prof. Dr Hajah Mehrun Siraj yang diwakili suaminya Dato' Sulaiman Abdullah, menerima pingat yang sama secara anumerta.
Selain itu, DYMM Paduka Seri Sultan Perak turut perkenan mengurniakan Darjah Dato’ Pahlawan Taming Sari (DPTS) yang membawa gelaran “Dato Pahlawan” kepada lima penerima bagi tahun 2022.
Antara penerima adalah, YBhg. Grup Jurutera Medan Markas Pemerintahan, Medan Barat Tentera Darat, Mejar Jeneral Dato' Pahlawan Ir. Abdul Hamid Mohd Isa; YBhg. Penasihat Pertahanan Markas Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Pertahanan Malaysia, Brigedier Jeneral Dato' Pahlawan Safwan@Asri Ismail; YBhg. Kor Kesihatan Diraja, Markas Tentera Darat Malaysia, Brigedier Jeneral Dato' Pahlawan Dr. Mohd Ghazalli Mohd Taha; YBhg. Inspektor Jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Laksamana Muda Dato' Pahlawan Abd Halim Shaari dan YBhg. Ketua Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, SAC Dato' Pahlawan Shazeli Kahar.
Sumber : Korporat, SUK Perak.