Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 Dan Jasamu Dikenang PDT Bagan Datuk.
YB Setiausaha Kerajaan Negeri ketika menyampaikan ucapan
IPOH, 10 Mac 2023- YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim hadir bagi menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2022 serta Jasamu Dikenang Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk di Hotel Travelodge, di sini.
Pada majlis tersebut, seramai lima orang kakitangan PDT Bagan Datuk telah dianugerahkan perkhidmatan cemerlang manakala 46 orang lagi menerima Anugerah Terampil 2022.
Anugerah tersebut diberikan bagi menghargai komitmen, jasa dan sumbangan kakitangan PDT Bagan Datuk dalam melaksanakan tugas-tugas mereka dengan penuh dedikasi dan cemerlang.
Sesi penyampaian anugerah tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim.
Hadir sama, YB Ahli Dewan Negeri Hutan Melintang, Puan Wasanthee Sinnasamy; YDH Orang Besar Jajahan Bagan Datuk, Toh Seri Lela Paduka Dato’ Dr. Khalid Ismail serta YBrs. Pegawai Daerah Bagan Datuk, Tuan Muhamad Ghopran Yeop Hamzah.
Pada majlis tersebut, YB Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkesempatan untuk melancarkan Sistem E-PDTBD yang merupakan sebuah sistem inovasi yang dicipta bagi meningkatkan kecekapan di dalam pengurusan dan sistem penyampaian PDT Bagan Datuk.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.