PDT LMS Lokasi Kedua Program Sehari Bersama YB SUK.
YB Setiausaha Kerajaan Negeri bergambar bersama warga Pejabat Daerah dan Tanah LMS.
TAIPING, 16 Mac 2023- Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Larut, Matang dan Selama menjadi lokasi kedua bagi Program Sehari Bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Ahmad Suaidi Abdul Rahim.
Program yang bermula pada jam 9.00 pagi itu dimulakan dengan sesi ramah mesra bersama warga kerja di Dataran Warisan dan diteruskan dengan sesi lawatan ke PDTLMS serta meninjau penggunaan Sistem e-Tanah yang digunakan.
Selepas sesi lawatan tersebut, YB Dato' Ahmad Suaidi Abdul Rahim telah diberikan taklimat oleh YBrs.Pegawai Daerah LMS, Tuan Mohd Nasrul Menhat mengenai pengenalan pentadbiran, status pelaksaan projek serta peranan Daerah LMS dalam memacu Pelan Perak Sejahtera 2030.
Seterusnya, program tersebut diteruskan lagi dengan sesi walkabout di sekitar Taman Tasik Diraja, di sini bagi melihat potensi atau cadangan pembangunan di kawasan tersebut.
Antara kawasan yang dilawati adalah tapak Casuarina Inn, Taman Botani, Padang Merbok dan Pejabat Penghulu Mukim Taiping.
Hadir sama bagi program tersebut, YBhg. Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak, Dato' Mohamad Fariz Mohamad Hanip; YBrs. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping, Tuan Khairul Amir Mohamad Zubir dan YBrs. Yang Dipertua Majlis Daerah Selama, Tuan Nor Akmal Yang Ghazali
Dalam perkembangan sama, Program Sehari Bersama YB SUK itu bertujuan bagi memberi ruang kepada YB Dato' Ahmad Suaidi Abdul Rahim serta barisan kepimpinan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (PSUK) Perak untuk menyantuni keperluan dan menyelami hala tuju pentadbiran setiap daerah di negeri ini.
Selain membincangkan hala tuju bagi tahun 2023, program tersebut juga bertujuan memberi gambaran keseluruhan aspek pembangunan daerah dalam melaksanakan Pelan Perak Sejahtera 2030.
Sumber : Korporat, SUK Perak.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.