Skip to main content

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Agama Islam Perak Tahun 2022.

YAB Dato' Seri Saarani Mohamad turut mengucapkan tahniah atas kejayaan JAIPk sepanjang tahun 2022 kepada seluruh warga kerjanya.

IPOH, 17 Mac 2023- Seramai 50 orang kakitangan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dipilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan seramai 12 orang telah menerima cenderahati pesara tahun 2021 dan tahun 2022.

Majlis anugerah itu disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM), pagi ini.

Beliau turut mengucapkan tahniah atas kejayaan JAIPk sepanjang tahun 2022 kepada seluruh warga kerjanya.

“Saya terlebih dahulu mengucapkan syabas dan tahniah kepada warga kerja JAIPk termasuk mantan pengarahnya kerana kejayaan sepanjang tahun 2022 adalah hasil kerja kuat seluruh warga JAIPk.

“Saya juga selalu hadir ke majlis-majlis yang dijayakan oleh JAIPk dan ada kalanya ia juga turut dihadiri oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

“Dari sini kita dapat lihat komitmen yang ditonjolkan dan saya percaya setiap warga kerja JAIPk mempunyai hubungan komunikasi yang hebat antara satu sama lain untuk mencapai matlamat dalam setiap tugas,” jelasnya.

Hadir sama, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Ahmad Suaidi Abdul Rahim; YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki Mahyudin dan Pengarah JAIPk, Tuan Haji Harith Fadzilah Haji Abdul Halim.

FaLang translation system by Faboba
  • Copyright © 2020 Perak State Government. Last Updated : Thursday 27 November 2025, 04:19:41.
Best Display: 1600 x 900 Pixels via Mozilla Firefox at RESPONSIVE SET UP.