Skip to main content

Perak Melalui Kerjasama KPDN Negeri Dan MBI Anjur Bazar Ramadan Rahmah.

YAB Dato' Seri Saarani Mohamad menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi pertandingan Explorace sempena sambutan tersebut.

IPOH, 19 Mac 2023- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak akan bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk menganjurkan Bazar Ramadan Rahmah (BRR) di People’s Park.

YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad berkata demikian ketika merasmikan Hari Pengguna Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Perak yang bertemakan “Pengguna Berdaya, Negara Rahmah Sejahtera” di Lotus’s Bercham, petang ini.

“Ini adalah inisiatif kepada seluruh masyarakat untuk menikmati juadah berbuka puasa berkualiti dengan harga yang berpatutan,” katanya dalam satu sidang media selepas merasmikan majlis tersebut.

Tambahnya lagi, dianggarkan 20 peniaga akan terlibat menjual pelbagai Menu Rahmah di bazar berkenaan.

Dalam perkembangan yang sama, menurutnya, sehingga kini sebanyak 244 premis di Perak yang menawarkan Menu Rahmah.

“Tahniah dan syabas kepada semua peniaga yang telah menyahut seruan kerajaan untuk membantu rakyat menikmati makanan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.

“Moga usaha murni ini sentiasa dipermudahkan demi manfaat rakyat,” jelasnya.

Hadir sama, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, YBhg. Datuk Kamalludin Ismail dan Pengarah Wilayah Utara Lotus's Malaysia, Encik Yew Yoong Sin.

Di majlis berkenaan, beliau turut menyampaikan kit pengguna sekolah kepada 50 orang penerima.

FaLang translation system by Faboba
  • Copyright © 2020 Perak State Government. Last Updated : Monday 23 June 2025, 09:05:57.
Best Display: 1600 x 900 Pixels via Mozilla Firefox at RESPONSIVE SET UP.